Sunday, January 23, 2011

bidadari hati kami : anugerah yang dinantikan...

alhamdulillah ... alhamdulillah... inilah satu impian yang amat ku nantikan... akhirnya aku disahkan hamil berusia 6 minggu.. satu anugerah yang amat berharga buat aku dan suami... kepulangan ke melaka membawa khabar gembira buat semuanya.. ianya sungguh taajub bila aku melihat di kertas scan... sesuatu yang sangat kecil.. melihat keadaan nya semuanya baik.. ya allah impian aku semakin sempurna.. berikanlah kami kesihatan yang baik dan sabarkanlah hati kami bila diuji.. sesungguhnya kami hanya insan yang lemah x berdaya.. bersandar pada kasih sayangmu...

terima kasih kepada atas doa semua selama ni... semoga ianya dijaga dan sihat hingga ke akhirnya..hidup ku semakin berubah.. kemana saja rasa ada yang ketiga... mama suka.. semoga ianya menjadi sihat dan terpelihara...

terima kasih kepada suami tercinta kerana setakat ini dia sangat berhati2 menjaga ku.. memjaga makan dan minum aku...yang paling penting berasa susah hati bila aku jatuh sakit.. abang... terima kasih kerana hadir dalam hidup ayang... dan menyempurnakan impian kita.. semoga ianya menjadi anak yang soleh dan solehah...

ya ALLAH jadikanlah kami hamba mu yang bersyukur.. kami sangat bersyukur dengan rahmatMu... sangat berjiwa lapang atas rezekinya... semoga kami sentiasa dillindungi dan dipelihara iman dan sabar...

alhamdulilah...

No comments:

Post a Comment