Tuesday, March 30, 2010

bidadari hati 8 : saat ini hanya Allah yang tahu...

saat ini aku hanya mentari yang mengharapkanNya cahaya kasihNya...rindu pada ketenangan... pada redhanya pada satu ikatan.. ya Allah sesungguhnya pengharapan ku hanya Kau... aku hanya hambaMu... aku tak mampu utk berdiri tanpa redhaMu.. permudahkan urusan kami... hanya aku tau betapa bimbangnya diri.. menghadapi segalanya kembali... penawar yang ada hanyaalah doa ku.. sujud ku..

bau-bauan syurga terlalu dekat ... impian aku dan dia.. seringkali menguji pemikiran ku.. sesungguhnya hati ku terhidur dengannya... menatap wajah wangian syurga ini membuatkan aku sering berdoa agar impian aku juga begini...amin...

adakala aku terfikir bgmana syukur ku .. adakah aku benar2 bersyukur? .. sesungguhnya tentang semalam berlegar2 diruang mata ku... aku ingin sekali menyatakan pada saufi... tapi aku x berupaya melihatnya sedih.. memang akubahagia tapi kenapa aku tak bisa melupakannya... peritnya...

saat ini lahirkanlah cinta ku... biarlah kisah ini bertasbih dengan indahnya.. jangan biarkan ia dilukai lagi...

kotak2 utk telur dan gula2 dah aku siapkan hampir seratus.. segala brg yang lain akan dibawa malam jumaat.. hadiah adik beradik ku utk mei ini... sesungguhnya aku bahagia... bahagia yang teramat.. dan ya allah kekalkanlah bhgia ini dengan sujud dan setiaku di malam hari.. amin...

saufi... dia pergi kursus anekmen undang2.. aku tahu dia sibuk.. tapi tak pernah lupa menelefon utk bertanya khabar, ikhlas aku tak pernah berjumpa.. bila melihat dia di rumah , aku yakin dia akan membantu aku dalam membina keyakinan.. sesungguhnya kehadirannya banyak mengubah kisah aku, ya Allah,, jika dia wasilahMu.. utk kebahgiaan ku dan anak2.. aku redha... aku benar2 redha...

Monday, March 29, 2010

bidadari hati 7 : jiwa tenang , urusan dipermudahkan.. rezeki melimpah

semalam bagai bermimpi... keputusan yang dibuat akhirnya tekad... syawal ini i.allah aku dan dia akan bernikah.. kebimbangan juga bila ujian menerpa.. mujurlah dia penenang jiwa.. keyakinan dan tekad buat kami sentiasa diuji.. lebih2 aku... aku kerap merasakansegalanya tidak sempat.. persiapan yang sedikit2 akan abis.. dalam jiwa aku... hanya Allah sahaja yang tahu.. buat aku makin senang dengan karekter nya...
hari ini semangat aku semakin pulih.. rasa sedikit gusar semakin berkurangan...

Tuesday, March 16, 2010

bidadari hati 6 : tenang dalam waktu...

semalam detik bahagia dan aku ingin sekali berkongsi dengan teman2 yang lain.. cuma keterbatasan waktu hanya sedikit ku tuliskan.. dia.. ada d mahkamah .. sedang menguruskan kerjanya.. waktu santai aku cuti ini dipenuhi dengan sebarang penulisan.. moga2 aku juga dapat jadi yang memberi manfaat pada saudara yang lain..

tenang dalam waktu adalah judul baru penulisan aku.. sesungguhnya ianya hadiah atas sokongan saufi dan keluarga pada aku... aku ingin saja meneruskan dan menyiapkannya dalam masa yang terdekat.. tapi aku juga ada kewajipan lain.. mungkin kerana semalam keletihan. hari ni badan aku seakan demam... dan mungkin juga hal semalam yang merungsingkan aku.. maafkan aku wahai mujahid..

sedang aku menunggu ketibaanya di pejabat shah alam.. banyak perkara aku perlu selesaikan.. ijtima' huffaz yang sepatutnya aku hadiri hari ni tidak dapat ku hadiri... kerana aku tidak mempunyai teman kerana mak abah letih dan aku juga tidak tahu di mana masjid selat itu.. pokoknya majlis yang tiada waktu akhir itu akan ku minta rakamannya dari yang berkenaan.. asal aku tidak ketinggalan berkahnya... amin...

saufi... dia ku serahkan urusannya pada Allah.. keselamatan ,keteguhan iman dan kesetiaan .. aku tidak mahu sentiasa melihatnya... sudah cukup bagiku khabarnya dia selamat.. amin...

aku undur diri dulu.. banyak lagi kerja.. semoga urusan aku diberikan berkah dan redhanya amin...

bidadari hati 5 : alhamdulillah

hari ni 16hb Mac 2010 ... alhmdulilah akhirnya aku bergelar tunangan... i.allah majlisnya kemudian kerana majlis hri ni hanya utk keluarga.. senangnya .. aku syukur sangat dengan kelancaran hari ni.. cuma deraian air mata kesyukuran tidak ku duga.. sesungguhnya aku benar2 syukur..

ya ALlah dalam lingkungan rahmatMu yang luas.. ada sedikit bahagia utk aku dan keluarga ku kecapi.. alhamdulilah .. alhamdulilah .. sesungguhnya kaulah sebaik2 sandaran..

sebaik sahaja majlis tadi habis.. hanya ku nampak hanya berkah marhamah wa mawaddah... ya allah sesungguhnya aku benar2 bahagia... moga sujud ku makin utuh dan perjuangan ku makin melangkah jauh ... i.allah bersama mujahid ku/...saufi...

i.allah aku akan menghargai segala kebahagiaan ini.. seharusnya aku mengambil iktibar dari pengalaman... ya Allah , aku memohon kebaikan dan rahmatNya.. satukanlah cinta ini dengan penuh berkah dan siramilah dengan ketaatan kpd Mu yang tidak berbelah bagi... amin

aku ingin berehat.. i.allah hari esok... aku akan pastikan ibadah ku makin sempurna... syukur... syukur...

Monday, March 15, 2010

bidadari hati 4 : dalam hati , semakin tenang

ya allah dalam sujud ku , ku miliki ketenangan... ya allah benar kau berikan aku ubat dan penawarnya.. ya allah jika aku jatuh cinta kelak .. sesungguhnya jangan melebihi kasih ku pada Mu.. sesungguhnya kesyukuran yang teramat bila saat kau kurniakan rahmat yang tidak terhingga.. sesungguhnya dugaan makin hebat tapi kau sadurkan aku dengan keyakinan dan tingginya tawakal...

letihnya menghantui sepanjang hari.. membuatkan aku makin letih dan ingin berehat 2 jam akan datang.. sesungguhnya aku berharap aku sentiasa tenang utk membuat segala persiapan...

ya allah , terima kasih atas ketentuan ini... i.allah aku akan menghargai nya.. amin...

Saturday, March 13, 2010

bidadari hati 3: buat sang Pencipta Cinta ini..

ya allah sungguh aku sangat takut jika ini sekadar ujian utkku..namun keyakinan ini ku teguhkan dengan ketabahan ... aku yakin ya Allah sesungguhnya inilah penawar hati yang Kaukurniakan..terima kasih ya Allah kerana dia sangat penyabar.sungguh dia banyak membuka hatiku dengan Izin Mu.dalam tasbih dan sujud ku , aku berasa hiba.kau kurniakan aku cinta walaupun saat keyakinan ini rapuh.. saat diri ni membuang segala keyakinan tentang kaum adam...

berkat doa semua , aku akhirnya menerima dia...dia saufi. dia sangat jauh .. tapi aku yakin ada hikmahNya...ujian dan dugaan aku hadapibersama..masa depan yang diatur bersama sentiasa mengharap lindungan dari Allah .. ketenangan dalam al-Quran menjadi dasarnya selamanya.. ya Allah aku mohon kuatkan hati kami..jauhkan kamidari fitnah dunia.. ampuni segala dosa 2 kami...sekarang , dulu dan akan datang.. peliharalah masjid kami.. agar zuriat kami lebih baik dan soleh dan solehah.. amin..

..................saufi..terima kasih kerana kehadiran yang sangat membahgiakan. semoga ALLAH pelihara ikatan suci ini dengan iman dan deenNya...semoga kita dikurniakan keluarga yang bertaqwa.. dan beriman ... semoga jua.. zuriat yang soleh dan solehah..sungguhnya kesabaran dan kasih yang diberikan dandiizinkanNya.. membuatkan su kembali 'bernafas'.. alhamdulilah.. alhamdulillah.. alhamdulillah...

Friday, March 12, 2010

bidadari hati 2 : saufi...

saat termeterai kasih aku dan dia .. dengan redha jua restu semua.. alhamdulilah baru aku tahu erti bahagia...sesungguhnya pengalaman lalu membawa sinar cahaya utk aku terus hidup dan bahagia seperti dulu malah lebih dari itu...

ya allah sesungguhnya Kaulah penyambung ikatan suci ini.. peliharalah ianya dengan iman dan deen mu. sesungguhnya jauhkan kami dari fitnah dunia.. sesungguhnya cinta suci ni akan kami raih semua keredhaanMu..kerana itulah impian kami..jadikanlah kami mujahid dan mujahidah utk anak2 kami kelak...kami tidak menyesal takdirMu begini .. kerana itulah kami.hambaMu yang sentiasa redha...amin....

dia adalah muhamad saufi..mujahid ku ...i.allah sehingga saat akhir ku nanti.. dia ku pilih kerana redha dan restu semua...ya Allah satukanlah hati kami dengan cinta suci... janganlah kau cemarinya dengan fitnah dunia .. sesungguhnya aku pasti langkah ku kini..aku tidak merasarugi dengan ujianMu dulu..sesungguhnya Kau maha penyayang .. maha pengasih..terima kasih ya allah....

meletakkan hati didalam kotak yang masih rabak membuatkan aku berwaspada..sehingga kini aku tidak berasa kesal... aku kembali kepada Nya melalui kasih dia.. dan aku tidak akan kesal.kerana aku yakin ... dengan izinNya...

sehingga detik aku melapangkan diri menerimatakdir Ilahi utkku.aku tahu .. tiada satu pun kejadian Allah lakukan atas hambaNya jika tiada sebab yang baik..

dia.. adalah saufiku... sesungguhnya nur kasih ini ..milikNya..dalam kalam cinta kami...

Wednesday, March 10, 2010

bidadari hati : dia hadir , aku bahagia..

alamtidak menulis di ruang sepi ni. kesukaran untuk membawa laptop selalu membuatkan aku tidak berjaya menghabiskan masa yang lama didepan laptop..sungguh pun aku seakan hidup kerana sokongannya ..dia yang ku nanti hadir memberikan aku galakkan dan dorongan malah ingin berganding bahu untuk ruang ini selepas ini..

alhamdulillah. alhmdulillah .. sungguh penawaryang diberikanNya.. buat aku bertambah tawadhu'.. dia seakan madu menutup duka semalam..

senang aku katakan hidup aku sedikit bertujuan dengan kehadirannya.. aku dan dunia aku..dia memasuki dengan restu semua...perlahan aku menghayun langkah utk lebih berwaspada ,,, agar akulebih dapt menyakinkan hati dan jihad aku selepas ini..dia menghulurkan aku sedikit kasih dan keyakinan..

jurang kepercayaan yang rapuh selama ini bertaut denganikatan redha dan restu.. aku pasti... jawapan ku semakin pasti... dia ketenangan ku..bakal mujahid dalam hati.. dan bakal pemimpin utk zuriat aku..amin..

semalam...danhari ni...aku sedang menyiapkann kerjayang bakal aku habiskan sebelum cuti persekolahan.terasa bahagia..kerana segalanya hampir selesai...dan

aku ingin menyediakan persiapan... semakin hampir semakin aku gembira. dia?/
aku serahkan padaNya,,, utk memelihara keselamatan dan dijauhkan dugaan yang x terduga.tabahkan hati aku juga dia..dipermudahkan segalanyautk aku tahu.. dia milikNya...akuyakin dengan ketentuanNya..

ya Allah ampunikan dosaku2 yang lalu,,, kerana kurangnya tawakalpada Mu dulu.. Kau hadiahkan aku hadiah yangpaling istimewa..ikatan suci yang terlalu utuh.. terima kasih yaAllah.. segala kesyukuran yang teramat utk Mu.. amin...