Monday, April 23, 2012

jiwa ini kembali ceria..

jelasnya ayang amat mencintai abang,. sesungguhnya semoga segalanya okay bila abang bersama ibu ye. rindunya kat abng  .. allah mudahkan lah urusan kami... semoga ianya mempertingkatkan lagi kasih dan rindu ini semakin dalam.. syauqi.. ibu berusaha supaya kita semakin hampir.. ayah dah usaha utk bersama kita.. ibu tak sabar nak jumpa syauqi ptg ni.. ya allah permudahkanlah perjalanan kami...

Sunday, April 22, 2012

sayang, ayang tahu

hari ini agak keletihan tapi ayang berpuas hati kerana berada disamping sayang sejak semalam membuatkan jiwa ayang kembali reda .. ayang tahu masa amat sempit buat kita.. sampai ayang rasa tiada ruang untuk bersama abang kurng dari 24 jam... kalau ayang rasa begitu .. mesti abang lebih rasa... sebab abang tidak berjumpa kami sehingga sampai hujung minggu ... sebab itu ibu bawa syauqi berjumpa abang.. kerana kami sendiri tanggung rindu yang teramat... ayang pandu dari batu pahat sehingga kajang .. lupa segala kepenatan .. kerana kasih ku korbankan lelah ini...

bila sampai je melaka ptg tadi.. entah berpa ml air mata ayang mengalir... beratnya hati ini nk  berpisah dengan abag... susahnya jiwa ini.. esok.. tinggalkan syauqi pulaa. allahu akbar.. berikan lah aku ketabahan... anak dan suami jauh,,, kuatla jiwa.. kuat la ibu...

Tuesday, April 17, 2012

siannya anak ibu...

 semalam balik sekejap berjumpa dengan sayang ibu sorang ni.. dahlah ayah tak balik minggu ni ... kuliah dah bermula.. ayah semakin sibuk begitu juga ibu... exam lagi 2 minggu ..pelbagai present dibuat... kerja? tinggal kertas kerja pengakap dan olahraga... sayangku, ibu tak lupa sayang... walaupun ibu keletihan berulang alik 2 hari sekali sayanglah penawar hati ibu.. sayang sgt...

ini masa sayang godek2 nset ibu cari ayah yang sedang bertnya dalam nset ... ayah tak leh kuar dari situlah sayang... jika ibu larat, ibu bawa sayang jumpa ayah sabtu nie.. sian ayag ibu nie... rindu ayah ye ... sayang sgt2....

Monday, April 16, 2012

ujian utk kami

assalamualaikum... hari ini  ibu berada jauh dari ayah dan syauqi.. rindu? teramat sangat apatah lagi pada syauqi yang dah pandai taouching2 ibu sekarang.. mau x rindu? ? pagi2 dah pegang pipi ibu seawal jam 2 pagi kejut ajak main .. bila ibu buka mata.. sepasang mata kecil itu kelihatan bercahaya.. senyuman yang sangat indah... seolah berkata , ibu jom main.. bangunlah ibu bermain sambil2 kemas barang nak balik ipg.. seronok dan ibu berasa rindu.. bila ibu nak bergerak sebelum subuh , si kecil seolah tahu ibu nak tinggalkan dia.. menangis sehingga neneknya bangun... hati ibu tahan je dari air mata meleleh ... sayang ku, jika syauqi tahu betapa pilu hati ibu ... ibu tak mahu berjauhan sayang... doa dan kasih ibu sentiasa untuk syauqi dan ayah...
bila tadi ibu diberitahu akan ada kelas malam ibu bingung, bila ibu nak balik jenguk syauqi.. malam lewat nanti .. mesti tiada kesempatan ibu bermain dengan syauqi... sabar wahai ibu.. menitis air mata .. ayah sabarkan ibu... ibu kan nak cuti dah ? teringat ibu cuti akan datang... 3 minggu ... sayang ku syauqi... ibu tak kan lepaskan peluang bersama ayah dan syauqi nanti... sayang sangat kat syauqi...

Monday, April 9, 2012

esok cuti hari ibu dan syauqi...

hari esok merupakan hari ibu dan syauqi.. cuti ini sepatutnta bersama ayah juga tapi jauh..dalam hati ibu , harus bersabar bila berjuang begini.. syg syauqi dan ayah..

Thursday, April 5, 2012

dia ajar saya berkongsi..

hari ini tekanan yang ibu rasa lebih .. bila hasil kerja yang dibuat tidak berhasil dengan baik.. bila pendapat kita x didengari oleh work mate akhirnya dipersalahkan sbb hasil kerja kurang memuaskan ...

Syauqi .. penawar yang membuatkan ibu lupa masalah ibu... dia sangat comel dan suka senyum walaupun sakit ,,,sayang anak ibu,,,

Wednesday, April 4, 2012

syauqi ... semakin pulih

assalamualaikum ...
dah lama sangat tak menulis.. bila jari dah baik sikit , mulalah nak buat kerja kebiasaan. ras letih menggunakan tangan kiri sahaja. sejak syauqi beransur pulih, hidup ibu tenang sedikit, syauqi mula aktif.. malam kami sentiasa bergaduh kerana suka sgt masuk celah ibu.. mau tak takut terhempap anak sendiri walaupun bulat mcm tu hehehe...

ibu sayang sangat kat syauqi... ayah pun sama.. walaupun jauh ibu x pernah meninggalkan syauqi tanpa sebab.. sebab itu ibu sanggup berulang alik bila syauqi belum sihat.. kerana anak ibu seorang ni sangat manja...
anak,,, satu anugerah yang sangat berharga... buat ibu dan ayah ,, satu nikmat kebahagiaan...