Thursday, March 19, 2009

cerita hari ini iktibar utk hari esok

hari ni majlis perkahwinan sahabat satu kuliah ku.. isyah dan suami semoga berbahagia.. sedang aku jalan pulang, aku terfikir sesuatu tentang sebuah ikatan hati antara manusia..

bagaimana aku melihat indahnya hubungan yang halal.. sdgkan ramai melihat samarnya cinta tanpa ikatan.. adakalanya aku merasa rugi kerana pernah merasai cinta yang tidak halal.. ya Allah ampunilah dosaku yang lalu jua.. dalam perkiraan jam dan saat, berapa saatlah aku mengingati Allah ketika aku bercinta..ya Allah terima kasih kerana masih meyayangi diri ini.. kerana aku amat menghargai masa sekarang..

selepas ini , aku akan menempuh hidup baru malah aku akan menguruskan rumahtangga pilihan ALLAH untuk ku... bercinta dalam kasihNya.. biarlah sekarang aku perit menahan rasa hati.. yang pasinya .. Allah tak pernah melupakan ku.. ya Allah aku bersyukur kerana Kau hadirkan kepada ku kecintaan yang mendalam terhadap keluarga, ilmu dan sahabt2 yang peyayang...

benar kata penulis blog langitilahi.. utk apa cinta yang tidak halal ini.. hanya menambah lara dan duka...ya Allah berikanlah aku peluang menjadi yang terbaik dan termampu utk ku.. agar aku tak lagi mengulangi kisah silam ku ... ya ALLAH...


BELAJAR UTK BERUBAH ... ADALAH LEBIH BAIK MEMBUAT SESUATU YANG BARU TETAPI X KEKAL...

No comments:

Post a Comment