Monday, March 16, 2009

ampunilah dosaku... ya Rahman ya Rahim

wahai diri ku...
berapa banyakkah telah Allah melihat perbuatan dosa ku ini...
yang sering mengumpul akan kedunian dan lupa akan kematian..

wahai hati ku....
adakah tidak engkau merasakan kepatuhan kepadanya...
yang telah memberi segalanya yang ku pinta dan lupa untuk mensyukurinya....

wahai ilmu yang ku dapati...
adakah ia tidak berjaya memberi manfaat kepada ku..
yang sering ku dengar dan ku abaikannya...

aduhai malangnya empunya diri ini…
sering leka dengan sendiwara duniawi…
yang cukup untuk menjauhkan rahmat-Mu dari diri ini…

ya Allah bagaimana nak mengadap Mu dalam keadaan terlalu banyak dosa dalam hati ku .. bahkan kehidupan ku yang penuh kedunian.. adakalanya aku rasa layakkah aku hidup sdgkn tidak sekali aku rasa amalan dan ibadah ku mencukupi...

ya ALLAH jauhkan aku dari jalan 2 menuju dosa.. jgn dekatkan aku dgn maksiat hasasiah .. yg x dpt diubati dgn sekejap.. ya rabbi Jalil... hati ku sering lalai..

diri ini terlalu hina... jgn kau biarkan aku leka ya ALLAH..

kerana cinta ini hanya utk Mu.. jgn kau berikan pada hambaMu yang tidak mencintai Mu.. dekatkanlah aku dgn org2 yang soleh .. berikanlah hidayah pd insan2 yang leka.. jadikan aku golongan sentiasa yang merintih kerana dosa. jgn jadikan aku tersenyum melihat dosa.. aku bimbang gelapnya hati akan membawa aku jauh dari Mu ya Allah...amin ya rabbil alamin...

No comments:

Post a Comment