Wednesday, August 24, 2011

diari ibu : dugaan hadir tak disangka

sungguh ibu tak tahu keadaan pelajar ibu begitu.. ibu mana larat nak menapak tgkat 4 utk satu masa 45 min saja... ibu tak marah jika ibu ditegur secara berdua tp depan semua.. sayang, ibu serik jadinya nak terus ngajar sini... tak de rasa kasihan pada ibu2 yang mengandung... ya Allah letihnya , ikutkan ibu nak je ibu cuti awal.. dan tinggalkan kerja soalan akhir tahun pada org yang menggantikan ibu,...

dugaan ini baru sedikit mungkin dia punn x sedar yang ibu terasa dengan caranya... ibu harus sabar... ibu mahu rehat...

Tuesday, August 23, 2011

diari ibu : Ramadhan bakal berlalu pergi .. hadirmu dinanti ...

sayang... ibu masih disekolah ketika ini... walapun keletihan dan kepala masih pening... ibu gagahkan diri .. ibu tahu sayang ibu juga penyabar... ibu buka kerja lain agar ibu diberikan kekuatan ... dilalukan masa yang dirasakan lama ...Ramadhan akan berlalu.,, ibu akan merasai 2 rasa kelak.. kesedihan tidak sempurna meyambut Ramadhan... kekuatan ibu terhad... dan kelahiran mu kelak sayang memberikan ibu sebab utk kuat... melalui hari dengan kemampuan yang tersisa...

baru sebentar tadi ibu mendengar sebuah video lagu yang dinyayikan oleh kumpulan Bau.. tajuknya warkah... ibu tersentak.. memori yang cukup jauh ibu buang... kerana terlalu cintakan kasih kekasih  seperti ayah , ibu buang segala memori sehingga ibu sendiri tak berapa ingat apa yang pernah berlaku... ibu doakn mereka semua berjaya dalam soal hidup masing-masing... ibu sangat bahagia dengan kehidupan ibu... kehadiran ayah dan sayang buat ibu seakan bersyukur erti sabar ini berbaloi,... ibu sisipkan video ini utk sebuah kenangan tarbiah,...

Monday, August 22, 2011

diari ibu : ya allah kaulah sumber kekuatan kami...

selsema dan demam .. ya allah saat kelahiran makin tiba.. ibu tak sihat jadinya... sian kat ayah... buka pun ayah masak.. bau sampai ibu x sabar nak buka... sayang pun sama kan? ibu terbaring je... ibu semakin tak larat sayang... ibu tak tahu la mcm mn keadaan ibu jika sayang lahir akhir ramadhan ni... ibu sian kat ayah.. mesti tak dapat beraya di sabak...ayah siankan mbah dan paman zurul di kampung.. ntahla... ibu tak kisah asal sayang ibu sihat dan sempurna dan ibu sihat selepas melahirkan sayang ibu ni... tak sabar nak ringankan beban ayah... menjaga ibu ... ibu nak baringlah,,, x berapa boleh nk duduk lama...

Saturday, August 20, 2011

diari ibu : wahai jiwa bertenanglah....

ibu hari ni agak kurang sihat.. demam semalam kena hujan.. gara2 mencari kuih  lopez de squire... ya allah hari ni berikan ibu nikmat kesihatan dan ketenangan,,, sesungguhnya ibu sedang berlawan dengan emosi dan keletihan...ayah? seperti biasa meyabarkan diri sambil menghiburkan ibu dengan kata2 semangat... ayah baru balik dari masjid.. ibu...tgh iadah al-quran tadi masa ayah balik...

sayang...
berdebar ibu menanti kelahiran mu sayang... doa ibu dan ayah tidak pernah berhenti... berdoa agar ibu diberikan kesempatan menjadi isteri solehah buat ayah... kekasih yang menenangkan... menjadi ibu pada seorang bayi yang suci ini.. sesuci kasih ibu pada ayah... ibu sentiasa berdoa kita sentiasa dalam lindungan Allah taala sayang.. diberikan keberkatan rezeki dan jiwa... amin...
ibu mahu rehat ... ayah mahu rehat...

21hb... 21 ramadhan kareem

Tuesday, August 16, 2011

i believe by maher zain dan irfan makki i love ittt....

Lyrics: Maher Zain, Bara Kherigi & Irfan Makki
Melody: Irfan Makki & Maher Zain
Arrangement: Maher Zain

When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you
He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

Chorus:
I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?
MAHER ZAIN
Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings
You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day
Chorus
If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through
I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace
Chorus
I believe I believe, I believe I believe

diari ibu: saya percaya takdir dibuat utk kita bersama...

sepanjang semalam.. memang letih mujur ada cuti nuzul al-quran .. tidur tak sedar diri... baju raya tak beli lagi badan x larat nak jalan selain dah berbuka malam  nanti... sungguh waktu rehat yang berharga,,, dah lama x tido selama ini.. sian kat sayang kan.. banyak kali main futsdal ibu x hirau... hehhehehe penangan tidur lepas solat subuh...

sayang.. hari ni ibu berehat sepenuhnya dengan ayah... ayah ajak ibu shopping barang utk sayang, ibu dan ayah..ada rezeki lebih nak raya nie,... sesungguhnya ibu kuatkan diri agar ayah gembira.. ibu makin sarat.. nak juga jalan2 sama ayah cari keperluan baru nak raya nie.. tapi.. mana ayah nie... hmm puasa biasalah,, lambat nak siap.. hehhe...

Friday, August 12, 2011

diari ibu: doa seorang isteri... ibu dan kekasih...

sayang... hari ini ibu berasa kurang sihat... kaki ibu bengkak dan surut... ayah hantar tadi denga rasa berat hati tukl ke pejabat semula...

ibu sentiasa berdoa agar dipermudahkan pertemuan kita... doa ibu x pernah lekang dari memohon keampunan ... kesihatan dan kekuatan utk ibu , ayah dan baby utk lebih kuat harungi hari yang mendatang ..

Ya Allah.. begitu banyak nikmat yang Kau berikan kepada kami... kami memohon keampunan dan keredhaan mu di dunia dan akhirat.... bila kami dilindungimu sentiasa , tiada apa lagi yang kami harapkan selain kasih dan cinta sejati Mu sentiasa merahmati kami... permudahkan urusan kami.. kelahiran anak sulung kami... dan kesihatan kami malah kami memohon ya allah... kuatkanlah jiwa dan berikanlah rezeki yang berkat utk suami ku...dan terima kasih ya allah kerana kurniakan dia sebgai kekasih ku,., sesungguhnya aku amat mencintainya...

Wednesday, August 10, 2011

diari ibu : sayang, kuatkan semangat...

tadi ibu rasa macam dah sampai waktunya ibu melihat wajah sayang... tapi bila ibu rehat dan tidak sebarang pergerakan,, sakit ibu semakin pulih.. mungki ibu terlalu banyak gerak... dan banyak kelas ibu hadiri hari ini.. baby tentu penat kan.. ayah risau ...sian kat ayah.. rehat sekejap lagi.. ibu nak masakkan bubur istimewa utk ayah.. beri tenaga dan kasih sayang utk ayah kan?

sayang... ibu doakan Allah limpahkan rahmatNya buat kita sekeluarga.. tiada yang lebih berharga.. dari kasih ayah dan sayang pada ibu... ibu sayangkan kalian berdua.. ibu rasa bahagia dengan kehadiran kalian berdua dalam hidup ibu... hidup ibu dah hampir sempurna dengan kehadiran kalian... alhamdulillah.. alhamdulillah... semoga diberikan kekuatan utk lebih kuat  menghadapi hidup selepas ini.. ibu kena kuat... kuat dan kuat....bersama ayah dan sayang ibu....

Thursday, August 4, 2011

diari ibu : keletihan yang berganda...

sayang... ibu masih lemah.. sayang tau kan bila sayang banyak bergerak.. ibu pening tak abis lg sayang.. ayah pujuk sayang keluar cepat... sian kat ibu katanya... urat2 makin naik.. ibu semalam hanya menahan rasa dengan membiarkan ayah mengurut badan ibu agar ibu selesa.. akhirnya baru ibu lena...

diari ibu : sayangnya seorang suami...

dua hari ini ibu seolah berlawan dengan sebuha pengorbanan.. bermula dengan kesihatan yang susut dan keletihan yang makin berganda... ibu tahu sayang ibu makin taksabar untuk melihat dunia ibu dan ayah...ayah... insan yng paling risau pasal kita..ibu sentiasa memohon maaf ats kesusahan yang ibu berikan..bila ayah tido ibu ambil masa utk meyapu ubat panas di kaki ayah yang selalu berjalan pimpin ibu... tangan ayah yang selalu mendakap ibu bila ibu jalan gelong... jemari ayah bila ibu sakit tubuh kerana sayang aktif sangat.... bila ayah bernafas dan berdengkur kuat ... ibu sapukan di dada ayah supaya esok ayah segera segar dan tidak berasa penat... ibu siankan ayah... bila ibu sedih ayah cakap ayah cintakan ibu dan sayang.... oh sayangnya seorang suami... ibu doa selalu supaya ibu dan ayah bersama selamanya hingga ke syurga... nikah ini terlalu indah... ibu dan ayah harunginya dengan penuh cintaaaaaa....

ayah... mohamad saufi mastor lani.... seorang ayah dan suami yang sangat penyayang... anak yang soleh... ibu bersyukur akhirnya Allah makbulkan doa ibu bertemu insan yang benar2 jodoh ibu dan.... benar2 meyayangi ibu dunia akhirat... selebihnya ibu serahkan pada Allah taala... ibu sangat bersyukur saat ini ibu temui cinta sejati... alhamdulilah... alhamdulillah...
ibu nak rehat  sayang... nanti ibu berbual lagi ye syang... ibu sayang dan cintakan sayang dan ayah... ibu tak pasti bagaimana ibu tanpa ayah dan sayang... semoga kita terus bersama... amin

Monday, August 1, 2011

diari ibu : minggu ke 34 dan ramadhan yang hadir


Diari ibu : minggu ke 34 dan ramadhan yang hadir…
Sesungguhnya tiada kalimah yang boleh menggantikan kesyukuran pada ibu kerana inilah kali pertama ibu meraikan malam ibadah selama sebulan ini bersama insan bernama suami… sesungguhnya ibu rasa beruntung kerana masjid ini diserikan zuriat selepas syawal kelak.. ibu amat merindukan saat ini bila ibu bujang dulu.. meraih pahala dan redha ALLAH dalam pelukan kasih seorang kekasih halal dunia dan akhirat.. bila difikirkan , perjalanan hidup ini telah pun ibu lalui dengan sempurna sehingga kekasih abadi kelak..
Ya allah saat ini ibu merasakan bahagia.. rasa berat berpisah walaupun seketika … Ramadhan kareem ini ibu sambut penuh kesyukuran .. terawih diimamkan seorang suami lebih tawadhu’ dan mendamaikan…sementelahan ibu telah pun sarat mengandungkan sayang ibu ini… sering juga ibu mengeluh kerana sayang ibu ini aktif tapi ayah cakap.. ibu.. tahu tak bila ayah sayang ibu, beribu pahala iibu dapat… bila ayah rindukan ibu , berates ribu pahala merahmati kita.. bila adanya janin kesayangan kita , bertambah pahala sehingga syahid ganjaran nya… ayah cakap lembut tapi kata2 itu memasuki sanubari ibu… ayah pandai pujuk kepenatan ibu… mengurut ibu bila kaki ibu kejang kesejukan bila subuh hari.. sesungguhnya siapalah ibu kelak tanpa ayah…kasih dan cinta ini melebihi  semuanya … kasih yang membawa ibu dan ayah ke syurga bersama sayang dan bakal adik2 sayang kelak… ibu dan ayah tak sabar nak sambut sayang… sakit sedikit takpe.. hadiah ibu buat ayah… kasih kami…..
Minggu lepas kita semua balik Melaka menyambut hari – hari sebelum hari ramadhan …. Best bila ibu dan ayah hari2 makan durian dari dusun datuk…hmm bila dah xlarat ayahla tukang habiskan.. hehehe.. sian ayah..
Balik ke shah alam bersama hati yang girang.. walaupun letih … ibu suka dpt jumpa datuk dan nenek… rindu pada mak abah… sempat jumpa nenek kat rumah busu… lepas ini ibu kena bersedia duk lama berpisah dengan ayah.. sebab ibu berpantang sebulan di Melaka.. boleh ke kita berpisah dengan ayah ni??? Ibu risaulah… sebab x pernah berpisah selepas sah ibu bergelar kekasih halal ayah…
……………………………………………..tak tau nak cakap apa….