Wednesday, April 28, 2010

bidadari hati 21 : hati ini ada gusarnya

kebetulan kem bistari solat esok .. gusar jg hati ini nak tlg brsama keluarga utk myiapkan persiapan.. sesungguhnya amanah yg tergalas i.allah akan memudahkan urusan lusa..

saufi. terima kasih amik cuti 2 hari ni menguruskan hal esok.. sesungguhnya sgt2 berterima kasih atas kesungguhan saufi.. terima kasih memberikan semangat lagi utk hari nie..

ya Allah sabarkanlah aku.. dan dia.. sesungguhnya hanya Kaulah sebaik2 sandaran... bagi hamba2 Mu yang lemah ini.....

aku sayang Allah .. aku rindu Allah.. aku cinta Allah...

ya ALLAH .. ANDAI ADA SISA DOSA KELMARIN.. HAPUSKANLAH DAN PERMUDAHKANLAH PERNIKAHAN KAMI... SESUNGGUHNYA MASJID YANG KAMI BINA.. ADALAH UTK REDHA MU SEPANJANG HIDUP KAMI...

Tuesday, April 27, 2010

bidadari hati 20 : menanti detik ku milik mu...

saat yang dinanti akhirnya tiba.. yang pastinya bila aku menyiapkan persiapan .. aku rasa letih sgt.. bila dok menyuruh aku lebih rehat.. aku seakan lupa.. yang pastinya aku gembira menyiapkan diri dan hadiah utk yang teristimewa..

smlm aku lupa nak gosok baju yang cantik itu..akak pesan gosok awal supaya hari majlis tiba sibuk ngadap baju itu.. aku blm pun cuba lagi.. kerana terlalu sibuk mnyiapkan hantran..

saufi? dia sibuk menguruskan soal pernikahan dan borang.. sungguh dia semakin dekat dengan ku.. aku sungguh gembira... kadangkala aku kesian , aku selalu tak sedar panggilannya .. bila aku rasa aku tdur mati..

maafkan su ye saufi.. i.allah lepas ini boleh rehat dengan hati yang tenang...amin...

nama suefi akan menyusul selepas ini... kerana itu ilham saufi menggabungkan nama kami..

sebenarnya sedang menanti saufi online.. sibuknya di mahkamah.. takpe.. sabar sikit ye..dia sibuk cari rezeki... aku memahami tugasnya.. bukan senang nak jadi seorang lelaki bergelar suami...

terima kasih kerana bersusah payah mencari rezeki.. terima kasih kerana berusaha utk menyudahkan ikatan ini.. sesungguhnya saufi amat istimewa dalam hidup aku...

sabar itu menemmukan kami.. aku tidak menyesal berduka dulu .. kerana bahagia ini membuatkan aku benar2 bahagia..

terima kasih Allah.. kerana menghadiahkan saufi dalam hidup aku.. semoga permudahkan urusan kami.. pernikahan kami.. kehidupan kami... anak2 kami.. dan kebahagiaan kami... keimanan kami.. jiwa kami... amin ya rabbil alamin..

Monday, April 26, 2010

Alllah tidak perlukan kamu... ustaz hilal asyraf langitlahi.com

Langit Ilahi
mari menjadi hamba

Skip to Content ↓HomeForumBahanGaleriBukuVideoAboutDaftar Perkongsian: Allah tidak perlukan kamu.
Apr 27th, 2010 by laksamana. Print This Post


Dan kamu itu kerdil lagi tidak punya apa-apa. Menunduklah. ~ picture by 'MichaelCh of Deviant Art

Sebahagian dari kita mungkin berfikir bahawa, seandainya dia tidak bersama-sama dengan kafilah yang menyebarkan kebaikan dan mencegah kejahatan, nescaya Islam itu akan rugi dan seakan-akan kekuasaan Allah itu berkurangan.

Mereka kadangkala melepaskan kegeraman atas kemalangan yang menimpa mereka dengan berhenti berdoa kepada Allah dan tidak lagi sujud kepada-Nya. Mereka mencaci maki Allah dan berpaling dari agama-Nya.

Mungkin pada mereka, Allah akan rugi dan melemah dengan tindakan mereka.

Tetapi manusia tersilap.

Allah hakikatnya langsung tidak memerlukan mereka.




Allah Maha Kaya
Hakikatnya, orang-orang yang merasakan bahawa mereka mampu memberikan Allah masalah, kekurangan, kesukaran, adalah orang-orang yang cetek akalnya.

Sesungguhnya, Allah SWT tidak pernah memerlukan manusia untuk menyembah-Nya, untuk tunduk kepada-Nya, untuk taat kepada-Nya. Allah tidak menjadi lebih besar dengan ketundukan manusia kepada-Nya, juga tidak menjadi lebih kecil dengan keingkaran manusia kepada-Nya.

Manusia itulah yang hakikatnya menjadi mulia bila sujud kepada Allah, dan menjadi hina apabila meninggalkan-Nya. Hal ini kerana, Allah adalah Pencipta, Yang Maha Besar, Yang Berdiri dengan Sendiri, Yang Maha Perkasa dan tiada tandingan untuk-Nya. Kita memerlukan Allah untuk memandu kehidupan kita di dunia dan memberikan kita kejayaan di akhirat.

Tetapi Allah, Dia tidak memerlukan kita. Bahkan di dalam Al-Quran, Allah sering kali mengulang perkara ini. Antaranya pada ayat 8 Surah Ibrahim.

“Kalau kamu dan sesiapa sahaja di atas muka bumi ini seluruhnya ingkar, maka hal yang demikian itu tidaklah merugikan Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” Surah Ibrahim ayat 8.

Dan kalian boleh lihat banyak ayat sebegini di dalam Al-Quran. Antarannya di:

“Dan sesiapa yang kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia” Surah An-Naml ayat 40.

Allah Maha Kaya. Pengingkaran kita, langsung tidak memberikannya kesan apa-apa.


Kitalah yang rugi. Rugi serugi-ruginya
Allah SWT menjadikan dunia ini sebagai ujian. Diciptakan kita di atas dunia ini untuk diuji, untuk mengharungi ujian dan memilih antara kejayaan abadi atau kesenangan fantasi.

Justeru, apabila kita meninggalkan Allah SWT, ataupun hatta mengisytiharkan perang kepada Allah SWT, itu semua tidak memberikan kesan langsung kepada Allah SWT. Bahkan, yang meruginya adalah kita.

Allah SWT adalah Pemberi Ketenangan, Pencipta Kebahagiaan, Punca kepada segala kesenangan. Meninggalkan Allah SWT, maka semua itu akan tertanggal daripada kehidupan kita. Jiwa tidak tenang, hati sentiasa gelisah dan kehidupan tidak terurus. Ya, mungkin sahaja kita lihat rumahnya besar, wajahnya sering sahaja bersama senyuman, tetapi siapa tahu apa yang bergejolak di dalam hati? Mulut boleh sahaja manis bicara berkata: “Aku bahagia” sedangkan di dalam jiwa siapa yang mengetahui?

Dan kerugian tidak terhenti setakat di atas dunia. Bahkan berlanjutan hingga ke akhirat. Dan di akhirat itulah nanti, orang yang meninggalkan Allah SWT itu menyedari kerugian mereka yang nyata.

Ke neraka abadi selama-lamanya. Allah SWT sendiri mengiktiraf mereka sebagai yang rugi. Itulah dia rugi yang sebenar-benarnya.

“Katakanlah sesungguhnya orang-orang yang rugi itu adalah orang yang merugikan diri mereka sendiri dan keluarga mereka di hari kiamat kelak. Dan ingatlah yang demikian itulah kerugian yang nyata” Surah Az-Zumar ayat 15.


Sesungguhnya, kita yang memerlukan Allah
Manusia adalah lemah. Tidak berkemampuan dan tidak stabil. Sifatnya terkawal oleh sifat kalbu yang berbolak balik. Maka ada waktu dirinya kuat dan wujud pula masa dirinya lemah tidak larat. Hidup manusia juga turun dan naik. Bukan selamanya senang dan bukan setiap masanya susah. Tambah pula cabaran-cabaran kehidupan yang pelbagai seperti pelajaran, pekerjaan, kekeluargaan dan sebagainya, semuanya cukup menjadi ‘rencah’ kepada kemasyghulan manusia dalam kehidupan.

Maka hendak tidak hendak, manusia memerlukan Allah SWT.

Allah yang Maha Kuat, Allah yang Maha Hebat, Allah Yang Maha Perkasa, Allah Yang Maha Mengetahui, Allah Yang Maha Memerhati, Allah yang Maha Mendengar, untuk memerhatikan mereka. Dan sesungguhnya, Allahlah pembantu terutuh manusia yang mendkeat kepada-Nya.

“Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu(agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu” Surah Muhammad ayat 7.

Dan kita jugalah yang memerlukan Allah. Allah, Dia langsung tidak memerlukan kita.

“Tidaklah Kami yang meminta rezeki daripadamu, bahkan Kamilah yang memberikan rezeki kepada kamu…” Surah Toha ayat 132.


Penutup: Menunduklah wahai Faqir
Faqir itu, dari segi bahasanya, lebih bawah dari taraf miskin. Hal ini kerana, miskin masih mempunyai harta, cuma sedikit, cukup-cukup makan. Tetapi Faqir membawa maksud, langsung tidak mempunyai apa-apa sehingga terpaksa meminta.

Itulah dia kita di hadapan Allah SWT.

“Wahai manusia, kamulah yang faqir(sentiasa berhajat) kepada Allah, sedang Allah itu Dialah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji” Surah Faatir ayat 15.

Maka menunduklah. Hanya yang menunduk, takut kepada-Nya, merapat kepada-Nya, yang mendapat kebaikan.

“…Dan akibat yang baik hanyalah untuk yang bertaqwa” Surah Toha ayat 132.

Menunduklah wahai Faqir. Kamu yang memerlukan Allah.

Sedang Allah langsung tidak memerlukan kamu.
.Posted in: Motivasi, Tazkirah.

bidadari hati 19: semalam yang bertanya...

alhamdulilah kesihatan makin pulih malah aku blh ngajar seperti biasa di sek.. anehnya aku sendiri merasakan ngajar itu perlu.. sambil2 terap apa yang aku ngajar dl... semalam alhmdulilah berjaya menyiapkan complete 50 bunga telur ciptaan aku.. puas hati... tanda kasih tidak terkira buat yang teristimewa..

dalam seharian sakit pun , tugas utk majlis ssabtu ini buatkan aku bersemangat dan tidak sabar utk menyudahkan kerja.. masa utk rehat seketika seminggu selepas ini.. ya ALLAH moga kata2 itu tidak berlaku,, aku sentiasa bergantung dgn Allah taala apa jua bakal berlaku,, sebab inilah kebahagiaan. yang aku cari .. cinta seorang suami.. meskipun saat itu adalah kali pertama pertemuan kami.. mujurlah dia seorang yang memahami..merisuakan keadaan kesihatan aku, dia sentiasa disisi...

alhamdulilah aku ditemukan dengan nya.. semoga cabaran dan halangan adalah pengikat kasih kami.. mustahil hidup tanpa masalh.. tapi aku yakin dia dihntar mnjadi sebahagiaan dari hidup ku...

hadaf kami hanya Islam.. iman ... kerana itu ...

aku sudi menjadi bidadari hatinya.. selagi ALLAH redha.. saatku menerima cincin ini.. hati aku tertutup mati.. dan kuncinya ... Allah saja yang tahu..

untuk muhammad saufi.. terima kasih kerana hadir dan dengan izinNya.. semoga ALLAH permudahkan pernikahan kita .. terima kasih....

Wednesday, April 21, 2010

coretan positif.. hanya aku dan Allah

hidup bukan sekadar bahagia.. ujian bukan satu tempat utk mengeluh...coretan positif aku...

hidup bukan sekadar bahagia.. ujian bukan satu tempat utk mengeluh...coretan positif aku...Share.. Today at 10:19am | Edit Note | Delete
kita selalu impikan yang terbaik dan terindah.. seakan kita lupa adakalanya badai menimpa.. anehnya manusia yang diuji lupa utk mengambiil iktibar.. sabar itu kan indah .. bila ada yang menghadapi yang pahit dan tidak disukai.. anggaplah itu adalah kifarah dosa yang pernah atau akan kita lakukan.. jika terus mengingati kita pasti berasas tidak kemana.. sedangkan kesyukuran kehidupan sekarang adalah dengan mengambil iktibar..

penyucian hati dan terus berjuang .. jangan biarkan ianya kembali.. jika benar kita redha.. ujian itu tidak semudah kata2.. apatah lagi yang menghadapi.. tapi akuilah bukan kita seorang yang menghadapi .. anggaplah ada orang yang lebih pahit kehidupannya.. yang jauh lebih sengsara.. LHATLAH SAUDARA KITA YANG BERJUANG BERMATIAN2 DI PALESTIN.. HIDUPLAH DI ALAM REALITI.. HIDUP BUKAN SEKADAR MENANGISI SAAT SILAM...

dah masanya kita melangkah tanpa menoleh kisah silam.. syukurilah kerana kehidupan tidak segerak dengan apa yang kita mahu... yang pasti itu adalah kemahuanNya..

sakit itu ? sukar tapi berfikiran positif mengurangkan tekanan sedikit...pastinya setiap orang melalui.semua pasti ada yang terluka.. tapi percayalah HIDUP INI ALLAH YANG ATUR..

asbab kesakitan... tiada siapa yang pinta..

terima kasih buat yang teristimewa kerana berada disisi.. sesungguhnya kesilapan lalu buat diri ini tahu menghargai dirimu... jika Allah temukan kita di atas jalan ini.. percayalah.. dengan ketentuan Nya.. sesungguhnya ikhlas ku berikan hati utk meraih bersama redhaNya..terima kasih ...

ALLAH ITU TAKKAN LUPA JIKA KITA TIDAK LUPA...

saat itu .. barulah aku tahu dialah cinta sepatutnya aku cari selama ini...

Tuesday, April 20, 2010

bidadari hati 17 : genap seratus post... muhasabah...

genap seratus post.. sebenarnya aku sendirilupa tarikh bermulanya aku menulis blog ni.. sekadar melepaskan rasa dan berkongsi jiwa dengan sesiapa yang membacanya.. dalam seketika aku lupakan menulis ini.. maklumlah di malaysia net x lah murah seperti di mesir.. bermula dengan email lama .. aku mengorak langkah menulis blog nie.. sungguhpun aku x dpt galakkan dari insan lama.. tapi aku yakin ini tulisan aku sendiri.. aku tak mahu menyimpan segala konflik dalam hati aku lagi.. sebenarnya yang lebih mendorong aku menulis ini selain insiatif sendiri.. saufi banya membantu aku.. memberi aku ruang ... adakalanya dia yang memberikan komen secara komunikasi .. aku lebih suka begitu..

kepercayaan? sukar nak bina kalau hati kita tak mahu.. setiap ada reasons sendiri utk mengatakan sebab bagi setiap perbuatan yang dibuat... at least kita dengar dan berfikir dengan nyata.. mengorak langkah yang baru utk hidup yang akan datang... susah tap realitinya kita blh menbina secara batasan yang kita perlu...

dalam keadaan yang sangat sibuk .. urusan makin banyak.. konfliks makin ketara.. sehingga jiwa makin sensitif.. alhamdulilah dengan berkat kesabaran dan keteguhan si dia.. aku makin yakin... ya Allah permudahkan urusan kami...

sesungguhnya biar dia sabar menanti saat itu.. dan berikan dia lindungan Mu.. sesungguhnya dia hambaMu.. yang lemah.. saat kau berikan dia sbg suami ku.. aku mohon kukuhkanlah hati kami dengan iman dan amal...
amin....

kerana dia sebahagian dari hidup ku...

Monday, April 19, 2010

bidadari hati 16 : dugaan itu merapatkan kami...

sesungguhnya dekatnya detik itu, makin banyak dugaan yang hadir.. tapi anehnya ujian itu semuanya menenangkan.. berbeza saat aku lalui semua ini dulu... alhmadulilah syukur yang tiada terhingga.. saat itu memang aku nantikan..

hari ni aku berasa kuat sedikit.. dengan kehadirannya yang penuh berkah .. alhmdulilah aku sedikit bahagia.. menyiapkan diri dengan penuh restu dan redha...

Allah, sesungguhnya aku syukur Kau kabulkan permintaan ku.. dengan menghadiahkan seorang mujahid yang menyerikan hidup ng bakal mentarbiyyah anak2 ku kelak.. keyakinan yang kau berikan.. penawar duka yang menyejukkan.. buatkan aku berasa tenang...

Allah ya Rahim... jiwa ini milik Mu.. hati nii milik mu.. sesugguhnya aku bersyukur Kau tidak lagi mengalihkan hati yang tidak kuat ini.. sesungguhnya aku benar2 bahagia..

saufi.. terima kasih kerana disampingku.. semooga sehingga detik pernikahan.. dan hingga akhir hayat juga di syurga kelak.. aku bersama mu..
kerana kesabaran dan keyakinan yang diberikan...
terima kasih kerana sabar dengan syarat yang diberikan. ketahuilah pertemuan selepas pernikahan adalah lebih baik..
terima kasih...

..............ku nantikan detik pertemuan itu...

Sunday, April 18, 2010

bidadari hati 15 : Hari yang penuh dugaan...

alhmdulilah hari ni walaupun penuh dugaan , aku yakin dengan Izindan bantuanNya , aku pasti dapat lalui dengan penuh yakin .. kerana tiada yang menjadi sandaran melainkanNya..
aku sedang sibuk menyiapkan persiapan utk anak2 murid istimewa.. pertandingan akan bermula semiggu lebih buatkan aku lebih bersemangat.. berhadapan dengan anak2 yang istimewni.. sungguh diuji... emosi dan kehendak x sekata...

hari ni aku rasa lebih besemangat kerana alhamdulillah niat ku utk berpuasa dimakbulkan.. semoga sehingga maghrib nnti ianya berjalan lancar.. jadual padat tapi ianya membolehkan aku menulis buat seketika...

dalam hatiku yang penuh tenang aku yakin Dia sentiasa membantu... sesungguhnya aku hanya insan yang lemah .. memerlukan sedikit kekuatan melalui semua ini semula..

detik yang makin dekat, hati yang maekin diuji dan jiwa semakin gelisah.. hanya dia...Allah.. penawar dan pemberi kekuatan...

hari sabtu ini sekolah akan mebuat kelas ganti... maknanya sekolah lagi la sabtu ni... demam begini.. hmmm bushra ikut achiklah pg sekolah...

saufi.. sentiasa disisi ku.. setiap kali aku memerlukan nasihat seorang yang setia..

malah aku yakin jika ini takdirnya , aku redha..

sebaik2 rancangan , Allah taala yang menentukan..

Tuesday, April 13, 2010

sifat malu.. iffah yang dicari... petikan dari ustz hilal asyraf..

Langit Ilahi
mari menjadi hamba

Skip to Content ↓HomeForumBahanGaleriBukuVideoAboutDaftar Perkongsian: Wahai Perempuan, lihatlah Anak Syu’aib itu.
Apr 13th, 2010 by laksamana. Print This Post



Malulah, seperti malunya Anak Syu'aib AS ~ Picture by yip87
Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimanan sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib. Ya Allah, kurniakanlah sifat malu kepada perempuan hari ini, sebagaimana sifat malu yang wujud pada Anak Syu’aib.

Katakanlah amin.

Saya kagum dengan sifat malu yang wujud pada Anak perempuan Nabi Syu’aib. Selama ini saya sudah tahu akan kisahnya, tetapi semalam saya mendengar dengan penjelasan yang sangat-sangat mendalam, mencucuk, dan memberikan kesan dalam jiwa saya.

Moga keluarga perempuan saya, bakal isteri dan anak-anak saya, semuanya Allah kurniakan sifat malu yang ada pada Anak Syu’aib. Sememangnya sifat malunya, perlu dicontohi perempuan yang ada.

Lelaki juga, apa salahnya mengambil pengajaran daripadanya.




Kisah yang tercatat di dalam Al-Quran

“Dan ketika dia(Musa) sampai di sumber air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan(ternakan mereka berdua). Dia bertanya: Mengapa dengan kamu berdua(menahan ternakan)? Mereka menjawab: Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya.”

“Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.”

“Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Surah Al-Qasas ayat 23-25.

Di dalam kisah pendek tiga ayat ini, tersembunyi ibrah yang sangat besar. Bukan hanya kisah pertemuan Musa dengan Anak Nabi Syu’aib yang kemudiannya mendidik kesabaran Musa. Bukan juga hanya kisah Musa yang baik hati membantu perempuan yang lemah. Bukan juga hanya kisah aturan Allah SWT yang cantik mengaturkan perjalanan Musa dalam rangka menjadikannya sebagai Nabi.

Tetapi di dalam tiga ayat ini, terdapat juga didikan untuk wanita.

Allah hendak menunjukkan bagaimana urusannya wanita dan lelaki, dengan menunjukkan sifat malu yang wujud dalam diri Anak-anak Syu’aib.

Wahai manusia, Allah sedang berbicara dengan anda berkenaan Sifat Malu.


Sifat malu yang sangat tinggi

Anak-anak Nabi Syu’aib tidak membenarkan diri mereka bercampuran dengan lelaki-lelaki lain walaupun mereka mempunyai kerja yang penting – memberikan minuman kepada ternakan mereka.

Mereka sanggup menahan ternakan mereka dan menanti walaupun keadaan itu sangat memberikan kekurangan kepada ternakan mereka nanti. Alasan lemah adalah alasan yang kedua. Alasan utama adalah kerana bergaulan, bercampuran dengan lelaki sememangnya menjatuhkan akhlak mereka.

Kita sendiri, kalau melihat perempuan tolak menolak dengan lelaki, berebut-rebut dengan lelaki, bersentuhan tangan, bergeselan badan, bagaimana agaknya persepsi kita?

Maka Anak-anak Syu’aib menanti. Biar lapang baru mereka pergi. Tidak melanggar adab pergaulan, dan tidak pula mengundag kecederaan.

Namun, melakukan sedemikian pastinya satu kekurangan untuk mereka. Kekurangan untuk binatang ternak mereka membesar dengan baik. Tetapi lihatlah Anak-anak Syu’aib, dunia dan akhirat yang mana mereka pilih?

Penjagaan diri mereka ini membuatkan mereka sangat mahal.


Tidak memanjangkan bicara 1(kondisi diajak bicara)
Musa yang berehat di bawah pokok berdekatan hanya memandang. Pelik di matanya melihat dua orang perempuan berdiri menunggu di tepi sumber air bersama ternakan mereka. Pastinya dua perempuan itu bukan menanti suami atau ayah mereka siap memberi minum pada ternakan kerana keduanya membawa ternakan masing-masing.

Atas dasar ambil berat, Musa bangun dan bertanya.

“Mengapa dengan kamu berdua?”

Dan lihatlah bagaimana cantiknya akhlak Anak-anak Syu’aib. Lihatlah bagaimana mereka menjawab dengan kata-kata yang pendek, tidak meleret-leret, malah menutup lubang untuk menyambung bicara lain.

Terus sahaja mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (ternakan kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya”

Terus kepada point. – Kami tidak dapat memberi minum sehingga pengembala-pengmbala itu mebawa balik binatang ternak masing-masing –

Menutup ruang untuk perbualan berpanjangan – dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya –

Lantas Musa tidak menyambung perbualan mahupun bertanya lagi. Malah dia juga sudah tiada alasan untuk bertanya kerana segalanya telah terjawab dengan jawapan ringkas itu. Kata-kata “dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya” itu telah menjawab soalan-soalan seperti: “Habis, mana ayah awak?”, “Abang awak tak ada ke?”, “Ish, kesiannya, kenapa ya macam tu?” dan lain-lain.

Sangat bersih peribadi Anak-anak Syu’aib dalam menjaga diri mereka. Tidak berminat memanjangkan bicara yang tiada kepentingannya. Dan lihatlah pula kepada Musa, sangat bersih peribadinya dengan tidak mencari atau memikirkan mana-mana peluang lain untuk berbual, tetapi tanpa banyak bicara terus membantu ketika itu juga.


Tidak memanjangkan bicara 2(kondisi pemula bicara)

Dan apabila Nabi Syu’aib melihat kedua anaknya pulang lebih awal dari biasa, dia kehairanan dan bertanya. Maka kedua anak itu menceritakan perihal lelaki yang berteduh di bawah pokok. Maka Nabi Syu’aib mengarah salah seorang anaknya pergi memanggil.

Lihatlah bagaimana anak itu, walau berseorangan, tidak lagi ditemani ahli keluarganya, tidak pula mengambil peluang bermanja-manja atau berkenalan dengan lelaki yang berjasa itu.

Malah dia berjalan dengan tersipu-sipu, berjalan atas sifat malu, dan terus berkata menyampaikan hajatnya:

“Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”

Tidak pula dia meleret-leret atau berpusing-pusing dahulu dengan sembang-sembang lain, tanya-tanya lain seperti:

“Eh awak, terima kasih lah tadi ya. Awak baik sangat. Walaupun kita tak kenal… bla bla bla”

“Awak siapa nama ya? Terima kasihlah tadi ya. Ah, ni ayah saya panggil. Dia kagum dengan awak. Yalah, siapa yang nak tolong perempuan masa ni… bla bla bla”

Tetapi Anak Syu’aib itu terus pada pointnya tanpa memanjangkan bicara – Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami – Habis cerita dan tiada lagi alasan untuk menyambung sembang baik dari Pihak Musa, mahupun pihaknya.

Dia melaksanakan amanah bapanya tanpa mengambil celahan pada amanah itu.

Bersihnya peribadi Anak Syu’aib. Sifat malunya sangat tinggi. Sangat menjaga budi pekerti. Tiada langsung apa yang dikatakan ‘gedik’ oleh manusia hari ini. Langsung tidak mengambil peluang berduaan dengan jejaka berjasa yang hebat itu. Dan lihatlah Musa. Bersihnya peribadi Musa, tidak pula mengambil peluang berduaan itu dengan memanjang-manjangkan sembang, mencari peluang berkenalan dan sebagainya.

Bagaimanakah kita hari ini?

Melihat Anak-anak Syu’aib, kita sepatutnya persoalkan diri kita.

Bagaimana kita hari ini?

Bila memberikan bantuan, bila meminta pertolongan, bila berbincang untuk sesuatu program di dalam mesyuarat, bila di Facebook, YM, dan di macam-macam situasi lagi. Bagaimanakah kita?

Di sini perlu kita lihat. Bagaimana Allah menunjukkan sikap Anak Syu’aib dan Musa AS. Anak Syu’ain mewakili perempuan, dan Musa AS mewakili lelaki. Bagaimanakah keadaan mereka, pergaulan mereka, akhlak dan peribadi mereka.

Adakah kita mencontohi?

Kebanyakan kita, kalau bercerita akan kisah Musa dan Anak Syu’aib, tak habis-habis menceritakannya dari sudut percintaan. Entahlah, saya pun tak faham. Kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha pun pergi cerita macam itu juga, balik kepada cinta.

Cinta nak kecoh. Malu tak mahu cerita. Macam mana masyarakat nak jadi bagus?


Penutup: Saya sangat kagum dengan Anak Syu’aib
Huraian ini diceritakan oleh pensyarah Hadith saya semester ini, Dr Samirah Tohir. Semasa dia menceritakan cerita ini, saya tak henti-henti tersengih. Entah kenapa, saya terbayang-bayangkan wanita yang mempunyai sifat malu seperti ini.

Alangkah indahnya dunia kalau dipenuhi wanita-wanita sebegini. Terjaga pergaulan mereka, bersih peribadi mereka, cantik akhlak mereka, mahal harga diri mereka.

Kisah ini membuatkan saya berazam untuk mendidik diri dengan lebih kuat lagi. Biar nanti kalau Allah kurniakan saya anak perempuan, saya senang anak perempuan saya terjaga seperti terjagana anak-anak perempuan Syu’aib.

Semestinya, anak-anak perempuan Syu’aib mempunyai akhlak yang sedemikian kerana terdidik dengan didikan ayahanda mereka, Nabi Syu’aib AS.

Ya Allah, kurniakanlah sifat malu Anak Syu’aib itu kepada perempuan hari ini.

Ya Allah, kurniakanlah juga keindahan akhlak Musa itu kepada lelaki hari ini.
.Posted in: Cetusan, Motivasi, Tazkirah.

Monday, April 12, 2010

bidadari hati 13 : insya Allah 1Mei 2010...

sesungguhnya aku amat rindukan semua sahabat2 dan adik2 sewaktu aku dimesir .. bila dah bekerja , ukhuwah tidak putus cuma jarang disuburkan.. jelasnya bila aku dapat menghubungi suku daripada mereka terlalu banyak cerita dan kisah, ada yang membahagiakan .. ada yang diuji dengan kasihNya.. aku?? kisah yang masih jauh..

bermula 1 mei 2010 ini i.allah majlis aku akan bermula.. dan berterusan hingga syawal dan dec nanti.. sesungguhnya persediaan agak rushing.. cuma hati ini.. Allah saja yang tahu... yang pastinya doa ku dimakbulkan Allah.. detik itu belum tiba cuma.. doa dan tawakal.. kami2 sama2 milikNya..

dia? jangan bercerita tentang cinta.. nilainya pasti zerro... ALLAH kabulkan doa hanya cinta utk seorang suami..

dugaan yang lalu? aku tidak bisa melawannya.. ujian mematangkan.. malah ujian menyedarkan aku tentang masalah dan apa yang bakal berlaku akan datang.. bagaimana nak tangani dan jujurnya aku masih belajar mengenali seorang lelaki.. biar masa yang menentukannya.. aku redha..

impian lama? masih berterusan.. anehnya bila saat begini berlaku aku rasa makin tenang.. aku benar2 kuat menghadapi semua ini semula.. hati aku tidak kosong lagi.. kiranya aku sudah berteman.. keyakinan makin terbina

jelasnya... aku tidak lagi membenci kaum itu. Saufi? banyak membantu setelah kami ikat.. jelasnya redha mak abah dan keluarga sabak bernam sentiasa utuh.. masalah? i/.allah tiada yang berat spt dl.. jiwa ku makin tenang...
Allah sandaran ku.. sesungguhnya aku bukan insan yang kamil.. biarlah anak2 ku kelak mempunyai mujahid sperti dia.. dia yang dihantar utk lebih aku mencari erti redha..

dah nama jodoh.. aku benar2 redha..

buat yang teristimewa... muhamad saufi : terima kasih kerana bersabar dan hadir dalam hidup ini.. sama2 mencari redha.. i.allah biarpun tidak pernah berjumpa.. su yakin kita akan tahu Islam itu lebih indah.. terima kasih memahami diri ini.. semoga Allah membantu kita menjaga ikatan ini sehingga ke akhir hayat.. amin..

dari langitlahi.com. hati yang kamu lupa jaga

Langit Ilahi Rotating Header Image
Perkongsian: Hati yang kamu lupa jaga
Apr 12th, 2010
by laksamana.

Jangan hitamkan hati anda... ~ Pcture by MercyWeCry of deviant art

Jangan hitamkan 'hati' anda... ~ Pcture by MercyWeCry of deviant art

Hati. Bagaimana agaknya keadaan hati kita?

Saya selalu mempunyai beberapa orang manusia di sisi saya yang bertanya: “Apa khabar hati?”

Saya sentiasa tersenyum bila mendapat soalan sedemikian. Selain satu seloroh yang baik, ia juga satu peringatan. Ya, hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh jasad. Bila buruk hati kita, maka buruklah seluruh jasad.

Namun, kita jarang berusaha menjaganya.

Alasannya sebab ia tidak terlihat.

Tetapi siapakah yang tahu bahawa, kebahagiaan dan kelapangan manusia itu bersumberkan dari kebersihan hatinya, bukan dari kebanyakan hartanya?


Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesugguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara-perkara musytabihat(yang tidak jelas sama ada itu haram atau tidak) dan tidak diketahui akannya(kejelasannya) ramai dari kalangan manusia. Barangsiapa yang menjaga dirinya dari perkara syubuhat itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara syubuhat maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. Seperti ppengembala yang mengembala di sekitar daerah larangan(sempadan), ditakuti akan memasukinya(daerah larangan itu). Ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya(yang orang lain dilarang memasukinya) dan kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkan olehnya. Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah Qalb” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apakah kita telah memasuki kawasan larangan Allah SWT?

Ini persoalannya. Melihat kembali di dalam kehidupan kita, sudah berapa banyak kali kita melangkah masuk ke dalam kawasan larangan Allah SWT?

Adakah kita menjaga diri kita agar tidak berada di sempadan kawasan larangan-Nya?

Atau kita sengaja berada di sempadan kawasan larangan-Nya? Agar nanti biar diri kita terlangkau sempadan larangan itu?

Di sinilah bezanya manusia yang beriman dengan yang tidak sempurna keimanannya.

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara itu menarik diri kita kepada perkara haram, maka kita akan menjauhi perkara itu. Kita tidak akan sengaja mendekatinya. Hal ini sekiranya jiwa kita sensitif untuk menjaga diri dari kemurkaan Allah.

Di sisi Allah, musytabihat itu tiada

Musytabihat itu adalah untuk manusia sahaja. Tidak pasti sama ada perkara itu halal atau tidak. Namun di sisi Allah, Allah Maha Mengetahui. Tiada perkara yang tidak jelas di sisi-Nya. Halal dan haram tidak tersembunyi atau terkelabu di hadapan-Nya.

Justeru, kalau kita sentiasa meletakkan diri kita ke dalam perkara-perkara yang muystabihat, yang kita tidak pasti ianya halal atau haram, maka kita pastinya akan termasuk dalam perkara-perkara haram. Itulah dia maknanya: “Barangsiapa jatuh ke dalam perkara syubuhat maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram…”

Sejauh manakah kita menjaga diri kita?

Sekeliling kita, apakah kita memerhatikannya?

Diri kita, apakah dipenuhi perkara halal, atau kita isi banyak dengan perkara musytabihat? Atau lebih teruk lagi, yang haram pun kita ambil seakan-akan ianya boleh dan dihalalkan oleh Allah SWT? Apakah anda memerhatikan sekeliling anda, kehidupan anda? Apakah anda mengambil berat akan halal haram?

Atau kita hanya bising isu halal haram makanan sahaja? Bagaimana halal haram dalam amalan?

Lihatlah di akhir hadith, apakah yang Rasulullah SAW sebutkan?

Rasulullah SAW menyebut berkenaan Qalb. Atau mudah biasanya manusia terjemahkan sebagai hati. Ada juga yang menterjemahkan sebagai jantung kerana jantunglah yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Walau macam mana pun, ianya menunjukkan kepentingan penjagaan terhadap ‘hati’ itu.

Kenapa perlu menjaga diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah SWT?

Kerana hendak menjaga hati. Hati yang di dalamnya penuh dengan perkara haram, baik dari segi makanan, mahupun perbuatan, ianya akan menjadi hitam dan gelap, lantas keras dan tidak lagi mampu berfungsi untuk bergetar apabila disebut nama Allah SWT.

Rasailah hati anda sekarang.

Adakah ianya hidup?

Penutup: Hati adalah generator

Di manakah letaknya perasaan bahagia bila mansuia bahagia? Dari mana kah kita merasai rasa lapang dan tenang bila kita merasainya?

Daripada ‘hati’. Itulah dia sumbernya, mengalirkan segala perasaan keluar mengharumkan kehidupan kita. Sebab itu manusia yang mempunyai masalah hati tidak bahagia. Walau senyuman tertampal di muka, hatinya meronta-ronta derita. Dari hatinya yang tidak tenang itu, membuak keluar kebusukan yang merosakkan kehidupannya.

Maka untuk menjadi manusia yang terbaik, hendak tidak hendak penjagaan hati perlu menjadi prioriti.

Maka, saya suka bertanya:

“Apa khabar hati?”

Sama-sama kita perhati, dan koreksi diri.

ustaz hilal asyraf

Thursday, April 8, 2010

bidadari hati 12 : rentetan jiwa..

kesibukan menghindari dan mencegah wabak ada kalanya buat aku rasa sesak.. ubat memang ada tapi sebaiknya pencegahan harus ada.. sedang menunggu waktu kelas ini barulah aku sendiri ada masa utk menulis.. seia dengan malam hari yang sbuk.. hari ni anak2 murid ku tidak hadir satu kelas .. kerana masalah kesihatan...ada masa terluang sambil menunggu waktu yg akan dtg...

hari ini sedkit bahagia dengan ngomelan dia.. sungguh comel cuma x sempat nak masukkan gambar si comel bushra .. sedih melihatnya semalam hberkhitan... dia x selesa sehingga malam.. maafkan achik ye.. kalau blhh makcik xnak bushra sakit.. tapi itu tuntutan agama sayang...

mujurlah mak berhati waja. meyiapkan bushra sjk pg shgga lewat malam.. tahan ye syg makcik...
saufi.. dia membahagiakan.. dan sentiasa berbincang dalam semua perkara.. tipulah kami x berselisih.. tapi itu yang mengeratkan.. dia ditakdirkan i.allah disisi aku kelak.. selagi jiwa dan hati ini Allah tetapkan utknya..

Allah yang maha Penyayang. sesungguhnya kami mengharapkan pengakhiran yang bbaik bagi kami dan zuriat kami kelak.. tiada yang lebih indah jika Kau warnakan hidup kami dengan iman dan ihsanMu.. sujud dan ruku' kami Kau tetapkan.. dan panjangkan masa kami bersama mu.. amin...kurniakanlah kami zuriat soleh dan solehah.. yang mendamaikan kami kelak amin...

saufi _ suhaira...

Monday, April 5, 2010

bidadari hati 11: bala yang datang adalah peringatan..

sibuk semua mengatakan musibah H1N1 .. seakan lupa utk mencari punca H1N1 NI. sekadar takutkan mati atau takut utk mati..

anehnya kawasan sekitar sekolah aku jugak macam tu.. sedang sibuk ngajar datang wabak yang menular kembali sekitar tempat ni.. mmg bagi ku , musibah sebegini adalah musibah angkara kita juga.. peringatan terus dari Allah utk kita mengingati betapa perlunya kita mengkoreksi diri dan memulakan taubat ( jika masih belum buat ) sesungguhnya aku benar2 berharap bala ini reda.. manusia tidak takut azab azab tapi mereka takut mati.. Allah hu rabbi...

cuba ingat semula .. tentang solat, pergaulan dan dosa2 lama yang masih tertangguh.. kita sibuk dengan dunia hingga lupa.. Allah itu wujud.. wujud disetiap nafas dan langkah kita... sepanjang perjalanan pulang nanti aku akan fikirkan.. Allah baru berikan kita satu wabak.. bagaimana dengan saudara2 kita yang berada di medan perang... di sebalik runtuhan bangunan.. apakah mereka juga sama seperti kita atau kita sekadar diberikan peringatan.. masih belum diuji jiwa dan raga.. Allah ...Allah... Allah

ALLHUMMA IGHFIRLI ZNUNUBI.. WA WALIDAINI WA MUSLIMIN WA MUSLIMAT AHYA WAL AMWAT.. BIRAH MATIKAYA ARHAMAR ROHIIMIN FIDARAIN.... AMin....

darjat2 cinta...

ustaz hilal asyraf
langitilahi.com Perkongsian: Derajat Cinta.
Apr 5th, 2010 by laksamana.


Cinta itu ada darjat-darjatnya ~ picture by Frenzy of Deviant Art

Cinta akan terus hangat. Kerna ia fitrah insan yang akan terus diperbincangkan. Pelbagai fatwa ulama’-ulama’ ‘tak rasmi’ berkenaan cinta. Bila masuk bab cinta, isunya akan hangat mengalahkan isu Palestin, perjuangan dan kebangkitan. Bila masuk bab cinta, semua melontarkan komen seakan-akan alim benar akan halnya. Tidak segan salah kerana mengekspresi diri akan hal cinta.

Itulah dia penangan cinta.

Tetapi siapakah yang mengetahui bahawa cinta itu bagaimana di sisi Islam?




Apakah itu yang dinamakan CINTA?
Pendefinisian cinta secara umumnya adalah: Perasaan jiwa, kegembiraan, ketenangan, dan pengharapan kepada sesuatu. Boleh juga didefinisikan sebagai tarikan kepada sesuatu perkara.

Cinta mengikut definisi ini dikatakan adalah fitrah kepada manusia. Semua manusia yang membesar secara normal pastinya akan mempunyai perasaan ini. Baik kepada pasangan, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

Benar, ini adalah fitrah insan.

Dan saya ada definisi saya sendiri berkenaan cinta. Mudah definisi saya.

Cinta bermaksud: Hendak bersamanya di Syurga.

Saya memandai ke reka definisi ni? Tidak. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepad baginda bilakah akan tibanya kiamat: “Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?”

“Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku”

Rasulullah SAW menjawab: “Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana”

Jadi, cinta yang sebenar adalah hendak bersamanya ke syurga.

Ini adalah peningkatan kepada definisi pertama yang mungkin boleh berubah menjadi ‘liar’. Tambahan, saya tak nampak cinta pada orang yang melemparkan yang dicintainya ke neraka.


Sifat CINTA
Bagaimanakah agaknya sifat CINTA?

Cinta letaknya di dalam jiwa. Dan jiwa manusia itu tunggang terbalik gayanya. Sebab itu ia dinamakan Qalb. Saya sukar hendak mendefinisikan Qalb sebagai Jatung atau hati. Saya nampak Qalb ini lebih dekat kepada jiwa, hati yang bukan organ.

Justeru, Cinta sifatnya berubah-ubah. Sebab itu perlu diletakkan ‘pemberat’ yang kukuh untuk menjaganya.

Maka jika saya, saya letakkan Allah sebagai ‘pemberat’nya. Allah adalah cinta pertama, membuahkan cinta-cinta yang lainnya. Allah adalah matlamat dalam bercinta. Justeru apakah cinta akan tersasar ke arah yang dimurkai-Nya?

Itu pun kadangkala terbongkah juga. Tak mengapa, usaha lagi agar cinta itu lebih kejap dan kuat. Bagaimana agaknya yang meletakkan ‘pemberat’ selain Allah SWT?


Darjat dalam Cinta
Cinta punya darjat. Tiga darjatnya. Agung, Pertengahan dan Hina. Mari kita perhatikan apakah dia tiga darjat ini.

1. Cinta Agung.

Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak akan ada yang lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi Islam. Tiada yang akan mampu menandingi kelebihan cinta ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” Surah At-Taubah ayat 24.

Berapa hari ini yang kononnya menyelit-nyelitkan nama Allah dan kalimah-kalimah islamik dalam percintaan mereka untuk menghalalkan hubungan mereka. Padahal cinta manusia sesama mansuia kekal di tahap biasa sekiranya tidak dibumikan cinta kepada Allah itu dalam bentuk amalan.

Dikatakan cintakan isteri dan keluarganya kerana Allah, tetapi dia pula tidak membumikan Islam dengan sebenarnya. Islamnya hanya pada cinta. Islam terbina atas cinta. Dia tidak membina cinta itu di atas Islam. Maka jadilah cintanya terhuyung hayang ibarat layang-layang yang putus talinya.

Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta kepada Rasulullah SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita akan mampu memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan. Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan Uhud, tidak terkejut mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi dia risaukan keadaan Rasulullah SAW. Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu Rasulullah SAW, dia berkata:

“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil apabila melihat engkau dalam keadaan baik”

MasyaAllah. Kematian sanak saudaranya di dalam peperangan itu menjadi kecil?

Apatah lagi bila hendak bermaksiat kepada Allah SWT. Semestinya tidak dipandang langsung.

Sungguh indah cinta ini.


2. Cinta pertengahan

Cinta ini adalah yang biasa dihidapi oleh semua manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.

Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta Agung tadi, maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu, cinta pertengahan ini perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung tadi.

Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana Allah, cinta kita kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana Allah, kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.

Yang menjadikan hubungan ini menarik apabila dibina atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi Syurga merentasi neraka.

Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan ini hanyalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di atas dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.


3. Cinta Hina

Apakah cinta yang hina? Itulah dia cinta kepada taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan begini, tiada yang akan menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina. Tetapi hakikatnya, melanggar perintah Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan, melakukan apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada taghut dan kesesatan.

Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa ‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran.

Cinta inilah yang akan menyeret Cinta Pertengahan kepada kerosakan.

Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini. Pandang sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat kita memahami cinta.

Bila bercinta dilangkah semuanya. Agama, adat, sopan santun dan pantang larang. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak diendahkan lagi. Maka rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk ke dalam jiwanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan aku ini dicintainya melebihi dirinya sendiri” Hadith riwayat Bukhari.

Inilah dia cinta yang hina.

Syaitan menunggang-nunggang di atas mereka.


Di tahap manakah cinta kita?
Persoalan kepada kita adalah cinta kita di tahap mana?

Dengan jalan apakah kita bercinta? Apakah cukup sekadar melantun-lantun kalimah islamik untuk menghalalkan cinta? Atau keimanan itu perlu mengiringi cinta dalam erti kata yang sebenarnya?

Macam saya kata, bukankah pelik kalau kita kata cinta sedangkan kita melempar orang yang kita cinta itu ke neraka?

Sebab itu definisi saya mudah.

Cinta: Hendak bersamanya di Syurga.

Apakah anda nampak sekarang?

Maka di manakah darjat cinta yang kita jalankan hari ini?


Penutup: Fitrah fitrah juga. Tetapi ia perlu dikawal dengan sebaiknya
“Ala bro, ni fitrah la…”

Saya banyak kali dengar alasan ini. Ha, yalah. Siapa kata cinta bukan fitrah? Tetapi fitrah itu perlu dikawal. Makan dan minum adalah fitrah. Tapi kalau tidak dikawal? Macam-macam penyakit datang.

Begitulah cinta.

Sebab itu, manusia perlu memahami cinta dengan sebaiknya. Peringkat-peringkat cinta ini akan membantu kita beringat-ingat untuk mengukur hala tuju cinta kita.

Persoalan akhir saya tinggalkan untuk anda.

“Apakah anda mencintai diri anda sendiri?”

Sila guna definisi cinta saya.

Dan jawab sendiri dengan jujur di dalam jiwa.

Berdasarkan jawapan anda, apakah yang anda telah lakukan?
.Posted in: Cetusan, Motivasi, Tazkirah

bidadari hati 10 : anehnya rasa ini,,

hari ini aku sendiri termenung sendirian.. air mata yang mengalir semalam menyebabkan aku berasa serba salah.. rasa yang perit bila aku sendiri terasa dengan sikapnya.. mungkin bukan sengaja.. dugaan yang kami hadapi membuatkan aku rasa bimbang,. i.allah kami akan hadapi sama2..

akhirnya kami baik dengan sendirinya... besarnya dugaan... ya Allah mudahkanlah urusan kami... dan berkatilah pernikahan dan pertunangan kami dan kelak.. jangan pernah kami melupai Mu.. dan jangan sekali kami kufur nikmat.. sesungguhnya ya Allah kami ini hambaMu yang lemah ... sesungguhnya kami ini hamba yang benar2 mengharapkan kasih dan redhaMu...

dalam sekali ini , aku benar2 rindu ketenangan dan kesinambungan yang Kau berikan. aku terlalu rindu.. setiap kali itu aku masih mengharapkan nya kembali... ya ALLAH.. biarlah KALI INI aku benar2 bahagia..

aminnnnn

Thursday, April 1, 2010

bidadari hati 9 : semalam penuh ujian...

assalamualaikum... lesu rasanya hari nie.. berita semalam amat mengejutkan aku .. tapi di sebalik kesedihan, Allah berikan aku sedikit penenang yang amat aku harapkan... doa...

dalam kekalutan menyiapkan persiapan utk majlis istimewa aku.. aku diuji dengan berita2 yang bg aku hanya menguji kesabaran.. bak kata akak aku.. kawin itu ada rezekinya... i.allah yakinlah.. aku hanya mampu diam.. dalam hati yang agak lemah ini.. tumpuan aku hanya diam...

hari ni aku mulakan hari dengan membina sedikit ketenangan... bermula dari langkah pertama aku dari rumah ... sehingga aku duduk di meja bilik guru ini.. baru sedkit ujian yang aku lalui, kenapa aku harus jatuh..

saufi.. rujukan seterusnya aku selepas keluarga.. emosi seminggu yang jatuh hanya dia sabar menghadapi... alhamdulillah... saat jatuh yang sakit...

duduk di kerusi ni, aku mula memuhasabah diri.. mencari kesilapan dan koreksi hati.. saat jatuh ini bukanlah aku minta.. takdir ALLAH utk aku terus berjuang mencari rezeki .. dalam sujudnya.. aku masih blm diizinkan.. adakah aku alpa dengan Quran ku.. atau kurangnya sujud lantaran sakit.. atau kurangnya tawadhu' dengan dunia atau jiwa aku dipenuhi cinta dunia.. ya Allah ampunilah dosa2 ku... sesungguhnya berhenti nafas kerana aku kehilangan masa utk lebih menjadi orang yang bersyukur..

ya allah tekadkan aku dengan sujud ku.. sumber ketenangan aku.. sumber kebahagiaan aku.. jangan biarkan aku jatuh tanpa cinta Mu.. tanpa hidayahMu.. sesungguhnya aku amat memerlukan Mu.. setiap saat dari minit setiap jam... aku tiada daya tanpa Mu.. ampunilah dosaku.. tekadkanlah sujud ku.. jangan pernah kau tinggalkan aku... amin ya rabbil alamin