Wednesday, June 17, 2009

lagu hadiah dari seorang teman,,


I'm Not Worthy

Composer: Jay Chou (周杰倫) (周杰伦)
Lyricist: Vincent Fang (方文山) (方文山)

This street is too crowded
Too many people have secrets
There is condensation on the glass, who is concealed in the past?
The emotion on your face
Is restoring that period of rain
This alley is too warped, we can't get back into the story

These days are no longer green
Mottled with a few words again
Leaving me behind with empty memories in the big house
The seats in the movie theatre
Are separated very far apart
Feelings without scenes together, you're playing chess with yourself

Still it's too late to carefully write down things about you
Describing how I love you
Yet you smile and leave me

This feeling
Is already not right
I try my best to save it
Some of the
Considerate feelings that should have been given
I didn't give
You pout
The dream you made is very petty and low
We're compromising
I neglected you
All you wanted was someone to be with you

This feeling
Is already not right
I only understand at the very end
The pages of the
Plot I can't bare to turn over
You are very tired
You recite
You cried for me a few times
You're so languished
And I'm heartbroken, you're suffering
Your beauty
I'm not worthy of it

Thursday, June 11, 2009

hari ni aku menangis lagi..

sebenarnya dugaan emosi sering menewaskan aku. hari ni aku menangis lagi kerana dia hadir semula.. utk apa? hanya utk mnguji ,, menitis air mata aku..

hati aku makin parah bila dia memberikan lagu redha inteam utk aku fhmkan itula aku.. sedarkah dia yang diberitahu tentang hati aku kian terluka...

ya allah berikan aku kekuatan utk menghadapi dia..kalau benar la dgn pernikahan aku blh mnjauhkan aku dari terluka dan memisahkan dia dari aku , aku pasti akan lakukan.. tp beanrkah apa yg bakal aku buat.,,

fikirkn semula...

Wednesday, June 10, 2009

gambar pernikahan akak ku ..k iza






tahniah atas pernikahan kalian.. k iza dan abg rusdan...semoga perkahwinan ini Allah redha..

50 hari lagi..



penantian satu penyeksaan.. bertemu dgn org yang dicintai adalah satu nikmat yang paling berharga.. malah ianya amat aku nntikan...kerana aku amat2 merindui...

orang pertama yang ingin aku jumpa ialah mak abah.. famili dan si dia.. hmm dh dewasa anak abah ni... akhirnya duka yang ku dapat Allah berikan penawar,, malah aku x rasa gusar dan belajar dari kesilapan ...

dalam mengira detik pertemuan, seharusnya aku menyediakan diri dan membaiki mana yg lopong.. kerana baliknya aku sebagai daie.. x harus dipandang entteng ..malah aku kena kuasai segala ilmu asas.. apatah lagi soal hukum..

semoga Allah mudahkan perjalanan hidup ku ini.. kerana aku terlalu merindui dan tempat ku sbg wanita tidak lagi harus jauh dari keluarga,, dan berada d sisi seorang suami.. kerana sudah sampai masanya.. melihat mak abah tersnyum aku dimiliki dan dijaga ALLAH melalui kasih suami...

suami?? aneh kan kerana spnjg slps aku ptus dgn yg lama.. aku xpernah membuka hati utk org lain lagi makin parah bila aku dimainkn2 oleh org yang xpatut, jadi utk mndpt hidup yang lebih berkat, akhirnya aku dapat terima orang yang ................

itu nanti aku ceritakan.. setelah pernikahan aku nanti.. yang pastinya bukan waktu terdekat.. memberikan masa aku berbakti dgn ibu bapa aku dl...

membina mahligai bersama keberkatan bukanlah senang kerana kita sering berlawan dengan nafsu.. jadi, ambil jalan yang selamat.. iaitu bercinta slps pernikahan..

moga dia yang terbaik dan soleh utk anak2 aku...

Monday, June 8, 2009

kisah kami....

kenapa mesti dinamakan kisah kami?? permulaan bagi satu hubungan yang agak complicated dari dulu lagi..bermula kisah kelahiran hingga dewasa begini..
santai dan simple..

watak2 yang diambil tak pernah lari dari keluarga yang amat aku cinta...

hari ni aku tak bercadang nak mulakan post kali ni dgn kisah kami.. kerana masih lagi dalam fatrah exam.. jadi kisah kami msih belum diedit..

anyway t.kasih kpd insan yang banyak berikan galakan dan sokongan utk aku tuliskan kisah kami...

smbung lg nnti

Sunday, June 7, 2009

menuju keabadian...

suara mereka adalah doa buat ku.. semangat hari ni adalah kurniaan Allah utk aku melalui kalam mak abah.. rindu sgt.. nak balik malaysia skrg tapi masih lopong ilmu.. bagaimana nak hadapinya.. ya Allah berikan aku ketabahan hati dan kejayaan yang berkat.. aku masih merangkak menjadi seorang daie.. masih merangkak...

paper seterusnya adalah fawasil pada khamis ..ada masa nak menjadi yang terbaik... aku xpernah nk rasa jatuh terlalu lama kerana aku pasti dalam kerugian.. doa dan sokongan dari mereka membuatkan aku gagah dan berdiri semula setelah jatuh terluka..

kata 2 along pagi tadi membuatkan aku terfikir...

' balik atau x, allah dah takdirkan yang terbaik utk kita...berada di mesir akan jadi kerinduan bila dah balik nanti..

mgkin along beritahu berdasarkan pengalaman di U.K dulu.. suffer anything without keluarga buat kita sering diuji..emosi dan fizikal..


sumai pula kata.. kalau dia jadi aku belum tentu dia sanggup suffer kat sini..
maknanya aku dikalangan org yng terpilih.. alhamdulillah..

aku bercadang menghabiskan hari2 akhir aku dengan sesuatu yang sering aku lupa..
kalau blh, permulaan yang baik ini.. diakhiri dengan perkara yang baik juga..
amin..

i.allah aku akan bina bersamanya kisah kami...
doakan sentiasa...

Thursday, June 4, 2009

bercakap soal imtihan dari sudut AKU...

hari ni mmg hari yang memenatkan.. tp satu kelegaan kerana aku dah pun amik shafawi… jadi tggl 5 madah… bercakap soal hari ni…aku agak sedih sbnrnya.. mdgr ulasan dan kritikan dari syeikh mumtahin aku agak terkejut.. kerana ianya sbhgian dari kritikan yang mnusuk kalbu aku..

bermula dari kehadiran maliziyin ke kelas dan peratusnya.. tiada jwpn utk itu..

bila dlm perjalanan ke rumah jam 2 td.. brula aku faham konsep amanah dalam imtihan..

bermulanya amanah dalam imtihan .. adalah asasnya adalah waktu dan tanggungjawab.. bila mengabaikan kedua2 nya… itu bererti amanah itu masih lopong.. sekiranya mak ayah tahu anaknya tidak hadir kuliah atau sering ponteng ‘masa’.. bukankah nanti mereka yang melopong utk menanggung beban lagi melihat anaknya gagal…

bila imtihan ini bermula.. bagi aku ianya masa utk aku lunaskan segala jerih payah.. segala amanah dijaa rapi.. wlpn semangat ini tidaklah selalu hadir.. kerana.. sebuah rindu dan cinta..

bila keluar dewan shafawi.. barulah aku mengerti bgmana abh mengeluh jika anak2 muridnya gagal.. kian mengerti bagaimana mak mencari formula utk membantu anak2 didikannya mmbaca walaupun dah darjah enam umur mereka..

hari ni aku mendengar kembali luahan.. seorang syeikh bila dia memberitahu betapa kecewanya.. anak2 murid mengharapkan kejayaan yang setinggi langit tapi tidak memandang dan tekun mendengar ajarannya dikuliah.. sekadar melepaskan batuk ditangga…

sedihnya aku kerana.. aku pernah mendengar luahan2 itu.. dari abah dan mak… akak2 aku yang bergelar guru… berhempas pulas memberikan yang terbaik.. tp bayarannya hanya sekadar ala kadar usahanya dihargai…

amanah sebuah imtihan adalah bermula dari usaha dalam perjuangan.. dilalui dengan penuh debaran dan restu.. kerana ianya berhasil dari jerih perih seorang abah dan mak…

kejayaan yang benar2 ‘amanah’ bila pelakunya benar2 berusaha.. bukan sekadar usaha di hujung masa.. malah menjadikan setiap hari dengan ilmu dan praktik..

ya allah ampunilah hamba2Mu… kerana kami menzalimi diri kami sendiri…

Wednesday, June 3, 2009

ku terima nikahnya.. mnjadi isteri kedua...???

Awak Sudi Jadi Isteri Kedua Saya?
www.iLuvislam.com
serunaiklang_91
editor : everjihad



"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tegas dan yakin.


Tiba-tiba mata Fulanah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fulanah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Syazni liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fulanah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fulanah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fulanah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"


"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fulanah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fulanah semakin tinggi, setinggi egonya.


Syazni diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fulanah' di sebalik Fulanah yang dia kenal selama ini. Fulanah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Syazni seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu. Syazni muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Syazni, sekecil pandangannya terhadap Fulanah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Syazni sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak. Keyakinan serta keaktifan Syazni berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam persatuannya. Malah, Syazni dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama.

Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fulanah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Syazni. Bagi Fulanah, Syazni seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Syazni melamarnya menjadi isteri kedua. Syazni masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fulanah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fulanah, namun sikap Fulanah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Syazni tersebut.

Bagi Fulanah, Syazni tak ubah seperti lelaki lain. Gerak kerja dakwah Syazni berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Syazni semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya. Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Syazni – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Syazni.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Syazni dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Syazni sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Syazni menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fulanah atau tidak? Syazni bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut. Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Syazni berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya.

Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Syazni mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fulanah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Syazni tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Syazni menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Syazni.



"Kenapa saya?" tanya Syazni ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Syazni tersenyum.

Akhirnya, Syazni dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini. Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Syazni terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Syazni semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Syazni membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya. Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Syazni. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Syazni sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Syazni menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Syazni dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Syazni yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Syazni aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Syazni membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Syazni berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Syazni menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Syazni.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Syazni tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"PERJUANGAN, " jawab Syazni.


***************



Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam ... kalian akan dimadukan!

Jika dirimu bakal seorang isteri…

Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…

Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri \mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!

Jika dirimu bakal seorang suami…


Terimalah bahawa anda bukanlah suami yang pertama yang bakal dinikahinya atau insan yang pertama yang dicintai dan disayangi oleh bakal isterimu! Bahkan dirimu adalah insan yang kedua yang dicintainya, kerana suami yang pertama baginya ialah perjuangan islam dan memartabatkannya.


Dia mencintaimu kerana dirimu mencintai islam dan memperjuangkan islam. Jika dirimu tidak sedemikian, sekelumit cinta pun tidak akan lahir dalam sanubari isterimu…


Bantulah isterimu atau suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!




Sumber : penditamuda.blogspot.com