Tuesday, March 16, 2010

bidadari hati 6 : tenang dalam waktu...

semalam detik bahagia dan aku ingin sekali berkongsi dengan teman2 yang lain.. cuma keterbatasan waktu hanya sedikit ku tuliskan.. dia.. ada d mahkamah .. sedang menguruskan kerjanya.. waktu santai aku cuti ini dipenuhi dengan sebarang penulisan.. moga2 aku juga dapat jadi yang memberi manfaat pada saudara yang lain..

tenang dalam waktu adalah judul baru penulisan aku.. sesungguhnya ianya hadiah atas sokongan saufi dan keluarga pada aku... aku ingin saja meneruskan dan menyiapkannya dalam masa yang terdekat.. tapi aku juga ada kewajipan lain.. mungkin kerana semalam keletihan. hari ni badan aku seakan demam... dan mungkin juga hal semalam yang merungsingkan aku.. maafkan aku wahai mujahid..

sedang aku menunggu ketibaanya di pejabat shah alam.. banyak perkara aku perlu selesaikan.. ijtima' huffaz yang sepatutnya aku hadiri hari ni tidak dapat ku hadiri... kerana aku tidak mempunyai teman kerana mak abah letih dan aku juga tidak tahu di mana masjid selat itu.. pokoknya majlis yang tiada waktu akhir itu akan ku minta rakamannya dari yang berkenaan.. asal aku tidak ketinggalan berkahnya... amin...

saufi... dia ku serahkan urusannya pada Allah.. keselamatan ,keteguhan iman dan kesetiaan .. aku tidak mahu sentiasa melihatnya... sudah cukup bagiku khabarnya dia selamat.. amin...

aku undur diri dulu.. banyak lagi kerja.. semoga urusan aku diberikan berkah dan redhanya amin...

No comments:

Post a Comment