Thursday, June 4, 2009

bercakap soal imtihan dari sudut AKU...

hari ni mmg hari yang memenatkan.. tp satu kelegaan kerana aku dah pun amik shafawi… jadi tggl 5 madah… bercakap soal hari ni…aku agak sedih sbnrnya.. mdgr ulasan dan kritikan dari syeikh mumtahin aku agak terkejut.. kerana ianya sbhgian dari kritikan yang mnusuk kalbu aku..

bermula dari kehadiran maliziyin ke kelas dan peratusnya.. tiada jwpn utk itu..

bila dlm perjalanan ke rumah jam 2 td.. brula aku faham konsep amanah dalam imtihan..

bermulanya amanah dalam imtihan .. adalah asasnya adalah waktu dan tanggungjawab.. bila mengabaikan kedua2 nya… itu bererti amanah itu masih lopong.. sekiranya mak ayah tahu anaknya tidak hadir kuliah atau sering ponteng ‘masa’.. bukankah nanti mereka yang melopong utk menanggung beban lagi melihat anaknya gagal…

bila imtihan ini bermula.. bagi aku ianya masa utk aku lunaskan segala jerih payah.. segala amanah dijaa rapi.. wlpn semangat ini tidaklah selalu hadir.. kerana.. sebuah rindu dan cinta..

bila keluar dewan shafawi.. barulah aku mengerti bgmana abh mengeluh jika anak2 muridnya gagal.. kian mengerti bagaimana mak mencari formula utk membantu anak2 didikannya mmbaca walaupun dah darjah enam umur mereka..

hari ni aku mendengar kembali luahan.. seorang syeikh bila dia memberitahu betapa kecewanya.. anak2 murid mengharapkan kejayaan yang setinggi langit tapi tidak memandang dan tekun mendengar ajarannya dikuliah.. sekadar melepaskan batuk ditangga…

sedihnya aku kerana.. aku pernah mendengar luahan2 itu.. dari abah dan mak… akak2 aku yang bergelar guru… berhempas pulas memberikan yang terbaik.. tp bayarannya hanya sekadar ala kadar usahanya dihargai…

amanah sebuah imtihan adalah bermula dari usaha dalam perjuangan.. dilalui dengan penuh debaran dan restu.. kerana ianya berhasil dari jerih perih seorang abah dan mak…

kejayaan yang benar2 ‘amanah’ bila pelakunya benar2 berusaha.. bukan sekadar usaha di hujung masa.. malah menjadikan setiap hari dengan ilmu dan praktik..

ya allah ampunilah hamba2Mu… kerana kami menzalimi diri kami sendiri…

1 comment:

  1. terima kasih kak ats entri ni.insaf T_T

    ReplyDelete