Monday, September 26, 2011

diari ibu ayah : bila dah setahun berlalu...

setengah orang kata bila nak melepasi sebulan pernikahan.. segalanya indah.. adakalanya kita menuruti semua
yang dikehendaki pasangan.. asal pasangan kita bahagia////
tapi bila nak melepasi 6 bulan pertama... ada orang kata masa itulah baru kita kenali siapa sebenarnya pasangan kita... baik buruknya sikap.. dan adakalanya masa inilah orang banyak berpisah... bila dah hampir setahun pernikahan ku dengan pemuda yang aku kenali selepas pertunangan ku dulu... aku   jadi berfikir ..benarkah keputusan kedua ku ini.. alhamdulilah berkat dan restu dari semua , aku dan suami makin jatuh cinta... apatah lagi kelahiran putera sulung buatkan kami tidak mahu berpisah..
masa berpantang ini... suami ku sanggup ambil cuti menjaga pantang ku.. meringankan beban mak yang menjaga cucu-cucu lain sekali... kesekian kali bila mak tidak sihat... dan k iza nak bersalin lagi dalam bila 2 masa... mak akui mak penat.. luka dihempap kayu gara2 mengelak cucu cederamembuatkan  aku makin sedih dan murung sedikit.. mujurlah suami ku mengambil cuti utk menjaga ku sepenuhnya.. bolehla mak berehat seketika.. adakalanya aku tidak menghiraukan amarah mak bila aku membasuh baju sendiri.. rasa risaukan mak ...

makin jatuh cinta melihat wajah suamiku setiap hari selama 4 hari ini.. dia letih dan senang tidur  bila dapat bantal... bila aku melihat wajahnya ... aku makin sayang benar2 tidak mahu berjauhan dengannya.. kerana ....
aku teringat betapa susahnya dan peritnya dulu aku mencintai  tapi segalanya berkecai.. benarlah cakap makbiar suami cintakan kita lebih dari kita mencinta seorang lelaki... barulah indah rumahtangga asal tahu menghargainya dan pengorbanannya...
mohamad saufi... penawar ku sentiasa... melihatnya hati ku jadi senang... malah jiwa ku makin tenang... ibadah jadi ringan.. kerana redha dan restunya sentiasa dalam hidupku... syurga ku sentiasa... bila dia memaafkan kekhilafan ku.. anehnya cemburu itu merapatkan... rindu itu menyegarkan .. kasih itu sentiasa ...ada.. utk kami..

pendek kata... aku rindukan dia... semoga perjalanannya selamat.. dan dilindunginya sentiasa....amin ya rabiil alamin....

No comments:

Post a Comment