Saturday, May 30, 2009

Dia di hatiku...


aku sentiasa berdoa dia menjadi yang terbaik dalam hidup aku.. mendidik aku dan mentarbiyyah aku dengan penuh kesederhanaan.. malah aku tidak rasa berat utk sentiasa mentaati dan mengikuti segala pintanya.. dia dimata aku adalah segalanya..

dia menerima seadanya aku.. sebagai wanita, isteri dan anak .. malah dia juga sentiasa mengingatkan aku manisnya sabar malah sentiasa membuatkan aku rasa kuat disampingnya.. sehingga aku lupa suatu hari nanti dia akan pergi jua.. menuju kasih yang sejati..

dia dimata hatiku.. seorang yang berfikiran jauh .. sentiasa mementingkan kepentingan keluarga.. wlpn terzahir kekurangan aku dan dialah pelengkapnya.. malah aku bahgia dengan segalanya sederhana...ya Allah kekalkan dia utk menemani hari2 aku..

dia dalam hidupku.. sentiasa diuji dengan ujian dunia.. malah sering kali mengeluh jika rasa penat dan tidak mampu.. aku ingin jadi penawarnya.. menjadi yang terbaik bukanlah sekadar diri... tapi menjadi seorang yang memahami.. adakalanya aku tersenyum melihat dia x sabar nak pulang rumah.. kerana satu saja alasannya..bidadari hatinya sering difikirannya..

dia di bicaraku.. adakalanya dugaan terzahir kerana dia sentiasa berkerja .. menguji kebimbangan aku sbg isteri...malah aku ingin membantu, jawapnya mudah isteri itu harus dipelihara.. wlpn dia tidak pernah menghalang aku berkerjaya sendiri.. dia sering mengingatkan rumah tangga yang pertama...

indahnya menjadi seorang isteri bila diuji , dia tersenyum.. bila terzahir kurangnya diri, sentiasa perbaiki.. bila disayangi , pandai menghargai..

ramuan rumahtangga adalah menjaga diri seblum pernikahan amat penting.. kerana berkatnya kita rasa slps pernikahan.. terbukti bila lihat shj org2 dahulu.. bercinta lps bernikah lebih bahgia.. berbanding kita..

baiki diri... baiki akhlak.. baiki ibadah.. semoga najah...

ya allah perkenankanlah doa hambamu yang hina ini...

No comments:

Post a Comment