Tuesday, December 11, 2012

saat manis dan duka

serius saya katakan hidup selama 8 tahun ini saya jalani dengan pelbagai ujian .. saya akui aturan Allah buat saya ini akhirnya saya terima dengan redha.. saya tidak merasakan ianya beban dan menjadikan saya seorang yang gagal mengawal emosi. Kkebanyakan peristiwa saya telah benamkan ke dasar otak supaya saya tidak lagi mengulangi nya dan menyakiti sesiapa.. saya merasakan masa yang ada adalah suntuk.. menebus segala kekurangan silam dengan sentiasa membina taubat dan menghargai insan2 yang disekeliling.. adakalanya saya berasa putus asa kerana ada saja insan berhati busuk dan tidak tahu saya mengetahui apa yang dibuat.. saya redha kerana saya juga pernah menyakiti beberapa insan.. kerana kekurangan matang dan akhlak yang kurang baik , saya anggap ianya kaffarah dosa silam saya...
syukurnya saya dikurniakan seorang suami yang benar2 membantu saya mengendalikan hidup.. dengan izin Allah cinta yang terpahat pada hari pernikahan kami , saya berasa bertuah malah doa dan setiap langkah saya hanya mengharapkn saya akan menjadi bidadarinya di akhirat kelak.. menyiapkan diri untuk menjadi bidadari sangat sulit kerana saya sering menjadikan emosi saya kurang kawalan, setiap teguran suami dan doanya menjadikan saya setenang ini..
syukur juga dengan kehadiran cahaya hati/// Muhamad Syauqi dalam hidup saya.. insan yang boleh menukar emosi saya dalam sekelip mata... bila si cilik ini sudah pandai mengelap air mata saya dengan tangannya yang mulus.. aduhai anak... ibu tidak terhenti doa agar dirimu sentiasa menjadi seperti ayahmu... dia insan terbaik dalam hidup ibu... percayalah dia sangat mencintai ibu....

entah bila ajal kan tiba, saya makin rasa saya tidsak sempurna .. malah setiap ibadah masih ada kekurananganya.. kurang tawdhu, ..kurang sopan bila beremosi dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai ahlil Quran secara sempurna.. ya Allah ... ampunilah dosaku.. dosa suamiku... anakku... ibu bapa ku... dan sucikanlah hati kami dan berilah kami kejayaan yang diberkati.. amin...

mata tidak boleh lelap.. sudah seminggu tidur malam ku di ganggu ... tidak mahu lelap dan saya cuba mengisi masa menyiapkan kelengkapan suami dan makanan ynag akan dibuat sebgai sarapan... moga bangunlah awal pagi nnti..... sekarang mahu membuat kerja lain... nite,... sambung lagi nnti ...

No comments:

Post a Comment