Monday, August 1, 2011

diari ibu : minggu ke 34 dan ramadhan yang hadir


Diari ibu : minggu ke 34 dan ramadhan yang hadir…
Sesungguhnya tiada kalimah yang boleh menggantikan kesyukuran pada ibu kerana inilah kali pertama ibu meraikan malam ibadah selama sebulan ini bersama insan bernama suami… sesungguhnya ibu rasa beruntung kerana masjid ini diserikan zuriat selepas syawal kelak.. ibu amat merindukan saat ini bila ibu bujang dulu.. meraih pahala dan redha ALLAH dalam pelukan kasih seorang kekasih halal dunia dan akhirat.. bila difikirkan , perjalanan hidup ini telah pun ibu lalui dengan sempurna sehingga kekasih abadi kelak..
Ya allah saat ini ibu merasakan bahagia.. rasa berat berpisah walaupun seketika … Ramadhan kareem ini ibu sambut penuh kesyukuran .. terawih diimamkan seorang suami lebih tawadhu’ dan mendamaikan…sementelahan ibu telah pun sarat mengandungkan sayang ibu ini… sering juga ibu mengeluh kerana sayang ibu ini aktif tapi ayah cakap.. ibu.. tahu tak bila ayah sayang ibu, beribu pahala iibu dapat… bila ayah rindukan ibu , berates ribu pahala merahmati kita.. bila adanya janin kesayangan kita , bertambah pahala sehingga syahid ganjaran nya… ayah cakap lembut tapi kata2 itu memasuki sanubari ibu… ayah pandai pujuk kepenatan ibu… mengurut ibu bila kaki ibu kejang kesejukan bila subuh hari.. sesungguhnya siapalah ibu kelak tanpa ayah…kasih dan cinta ini melebihi  semuanya … kasih yang membawa ibu dan ayah ke syurga bersama sayang dan bakal adik2 sayang kelak… ibu dan ayah tak sabar nak sambut sayang… sakit sedikit takpe.. hadiah ibu buat ayah… kasih kami…..
Minggu lepas kita semua balik Melaka menyambut hari – hari sebelum hari ramadhan …. Best bila ibu dan ayah hari2 makan durian dari dusun datuk…hmm bila dah xlarat ayahla tukang habiskan.. hehehe.. sian ayah..
Balik ke shah alam bersama hati yang girang.. walaupun letih … ibu suka dpt jumpa datuk dan nenek… rindu pada mak abah… sempat jumpa nenek kat rumah busu… lepas ini ibu kena bersedia duk lama berpisah dengan ayah.. sebab ibu berpantang sebulan di Melaka.. boleh ke kita berpisah dengan ayah ni??? Ibu risaulah… sebab x pernah berpisah selepas sah ibu bergelar kekasih halal ayah…
……………………………………………..tak tau nak cakap apa….

No comments:

Post a Comment