Wednesday, June 4, 2014

kerana cinta...

Kau Pemilik Cinta

Album : Janji
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...

(Harmony)
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

(Harmony)
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

Video Lirik - Akulah Pencinta Hijjaz

Video Lirik - Akulah Pencinta Hijjaz

hari ke 13 ... ibu rindu...

bermula hari ni ... jiwa ibu makin redup ... kerana rindukan ayah dan gelak tawa... kesabaranya... dan cinta kasih yang semakin mendalam... aduhai jiwa... tenanglah..  dah hari rabu.. sekian lama x berpisah .. jiwa ini dibawa pergi suami ibu...

ya allah , kurniakan pada ku kecantikan akhlak dan kemurniaan hati menjadi permaisuri hati utk suamiku.. jika aku wasilah syurga buatnya, berikanlah aku kesabaran dan keteguhan iman dalam mencintaiMu lebih darinya...

kerana dia ciptaanMu anugerah pinjaman buatku.. anak-anak soleh... aku bimbang aku sendirian di dunia tetapi kau kurniakan aku suami yang soleh dan anak-anak yang soleh... kuatkanlah iman dan pasakkan ibadah ku sebagai tanda kesyukuran ... amin...

Muhammad Syauqi

nur iman syauqina 

Monday, June 2, 2014

hari berpantang tanpa abang disisi...

mata tak boleh lelap.. teringat buah hati yang berada di shah alam.. sesungguhnya ayang merindui abang... walaupun baru sehari berlalu..

'walaupun hampir 4 tahun bernikah dengan si dia... kasih ini bertambah dan dikurniakan sepasang cahaya mata.. bahagia ini ada ukurannya.. dugaan dan ujian dilalui bersama.. berdoa tak pernah henti agar dugaanj tidak melemahkan kasih yang terbina..

alhamdulillah.. kerana meletakkan semuanya di bawah kekuasaan allah taala , ayang yakin ...


mereka adalah sebahagian dari diri ayang.. sebahagian dari diri kita...

selamat datang sayang ibu .. nur iman syauqina...

dan ...

selamat menjadi abang ... muhammad syauqi....

Sunday, June 1, 2014

lahirnya Nur Iman Syauqina

alhamdulillah... lahirnya puteri kesayangan kami.. Nur Iman syauqina... ibu sgt gembira.. allah tunaikan permintaan ibu dan ayah,,, melengkapkan kehidupan kami...

masih dalam pantang ibu kembali menulis... kisah sang puteri solehah .. dan abangnya yang sgt soleh... muhammad syauqi.. melihat mereka berhubung.. ibu bahagia...

masih mengharap jumaat ni kembali dengan pantas kerana sayang rindukan abang.. begitu juga anak-anak...

love u abang...

Tuesday, March 18, 2014

alhamdulillah... impian kami makin terlaksana...




alhamdulillah dan segala syukur hanyalah untukmu ya alllah.. sesungguhnya tiada kata yang mampu kami lafazkan.. menggantikan kesyukuran dan nikmat yang telah kau berikan ya allah... 

tahun 2014 ... 
mac ...
menanti kelahiran anak kedua yang sering kami doakan ..semoga dipermudahkan dan anak ibu ayah yang kedua ni selamat  dan sihat... semoga allah lindungi kita semua... abang syauqi pun menanti adik ..
rezeki adik dan abang , ibu dapat kerja tetap di sek st anne convent klang .. ayah juga rezeki buat ibu... ibu sgt gembira .. alhamdulillah.... 
tahun ini ibu bercadang meyelesaikan banyak perkara yang tertangguh  , ibu ingin menggembirakan dengan  hasil titik peluh  ibu sendiri...
pertama .. hadiah utk ayah... 
kedua .. hadiah utk mak abah dan mak ...
hadiah utk  abang dan adik



selesaikan perkara yang penting...
tahun depan..
Makkah .. tunggu kami datang...

labbaikallahu labaik