Monday, July 6, 2009

MUHASABAH DIRI BALIK....

sebenarnya agak down jugak bila apa yang dirancang tidak menjadi kenyataan. rasa berat dan sedih sangat. apatah lagi bila sesuatu berlaku diluar dugaan..

senyap dan berfikir adalah jalan yang terbaik.. muhasabah dan koreksi diri blik adalah sesuatu yang agak menyakitkan juga.. segala kelemahan akan ditimbulkan.. sesuatu yang kita lupa bila mengejar impian dan lupa bahawa yang memberi kejayaan itu adalah Allah taala…

alhamdulilah dengan kehadiran mak abah dan sumai memang anugerah yang benar2 aku syukuri.. mereka menyuruh aku kembali dengan melihat perkara yang lepas.. aku lupa nak muhasabah dan koreksi diri..

terlalu banyak lopong dan avoiding this adalah satu ego.. tapi kena dengan suasana dan emosi yang tenang.. aku kembali dengan sebatang pen dan selembar kertas.. menulis segala kekurangan.. air mata aku pertama sekali keluar.. terlalu banyak perkara yang sia2 dan aku kurang sesuatu.. BERTAUBAT atas segala kemarahan akibat dari kekecewaan aku.. aku benar2 terpana… kerana besarnya silap aku..kembali mencoretkan segalanya sehingga aku rasa aku banyak terlepas pandang perkara yang sepatutnya aku lakukan..

kembali dengan semangat yang rabak amat menakutkan.. semangat dan sokongan mak abah buat aku kembali bernyala impian dan menunduk dengan jiwa hamba…

aku lupakan segala aktiviti aku selama ni utk sebulan yang menanti.. dia?? aku tekad melepaskan pergi kerana kehadiran dia semula dalam hidup aku menyakitkan.. seolah aku terhina menanti…

kawan2?/??? kerana melihat kekecewaan mereka lebih teruk dari aku, aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang utk punya kekuatan.. aku kembali dengan jiwa hamba yang terlalu dhoif redhanya.. ampunilah aku ya rabbul jalillllllllllllll

mujurlah perjuangan ini Allah tunda manisnya.. jika tidak aku xkan rasa manisnya sabar dan sekarang show time… aku ada masa sebulan utk menyucikn kembali niat dengan muhasabah dan bertaubat …

berikan kami kekuatan dan ketabahan ya Allah.. jangan biarkan kami hanyut dengan kecewa.. biarpun kami gagal meraih kejayaan kami x mahu menjadi hamba yang tidak tahu bersyukur.. berikan kami keamanan dan ketenangan hati.. kerana kami ingin kembali dimana asalnya kami..

ya ALLAH… berikan kami kekuatan…

terima kasih kepada sumai.. kerana meningatkan aku seorang hambaNya

No comments:

Post a Comment