Tuesday, May 24, 2011

diari ibu : ketenangan itu semakin hadir bila nikah ku bermula...

hari ini ibu banyak mengulang al-quran bersama sayang... sungguh setiap kali mendendangkan alunan itu ibu menitis air mata.. sebab suasana ini lebih tenang...cuma ianya mujahadah yang sangat berat... ibu akui kurang menghabiskan masa ekoran tuntutan amanah dan tugas ibu,, mujur abah sentiasa mengingatkan... dimana al-quran itu... abah? lebih dari ibu sayang... ibu bangga dan sentiasa bersyukur bila dia adalah sebaik2 pemimpin dikurniakan utk membimbing ibu sepanjang hayat ibu... sungguhnya ibu pernah berasa kesal dengan hidup ibu dulu tapi nikmat taubat itu ibu segera bersyukur sebanyaknya dan sesempurna mungkin kerana dia hadir tepat pada masanya dan hingga akhir hayat ibu....

ibu rasa letih bila ibu keseorangan di rumah tapi kerana kerja ibu harungi.. xsabarnya bila ibu nak cuti sekolah.. ibu nak ikut kemana saja abah pergi... x suka ditinggalkan sendirian... bila dimuhasabah balik , ini lah masanya ibu koreksi lebih dan apa yang lebih ibu suka.. rindu ibu pada abah semakin mendalam... menanti kepulangan abah satu kemestian... abah kekasih ibu ....

dah 25 minggu sayang didalam rahim ibu... rasa segala perasaan ibu... malah adakalanya ibu takrasa keseorangan bila sayang memberikan reaksi pada dinding rahim ibu.. dah hampir 10 kilo sayang membesar didalam bersama air tembuni ...ibu rasa senak.. tapi itu kasih ibu melindungi zuriat kesayangan ibu.. sepanjang hidup ibu kelak... selagi masih ada nyawa dan doa ibu.
...

ibu rindu kan nenek... atuk di melaka... lama x jumpa... hanya nset pengganti kerinduan... sesungguhnya ibu amat mencintai mereka.. dengan tabahnya ibu menjadi isteri solehah.. pastinya ALLAH menjanjikan nenek dan atuk syurga ... ibu sentiasa berdoa begitu... nenek pesan... ikutlah kemana saja suami... syurga kita disamping suami yang soleh... AMIN.....




No comments:

Post a Comment