Monday, April 16, 2012

ujian utk kami

assalamualaikum... hari ini  ibu berada jauh dari ayah dan syauqi.. rindu? teramat sangat apatah lagi pada syauqi yang dah pandai taouching2 ibu sekarang.. mau x rindu? ? pagi2 dah pegang pipi ibu seawal jam 2 pagi kejut ajak main .. bila ibu buka mata.. sepasang mata kecil itu kelihatan bercahaya.. senyuman yang sangat indah... seolah berkata , ibu jom main.. bangunlah ibu bermain sambil2 kemas barang nak balik ipg.. seronok dan ibu berasa rindu.. bila ibu nak bergerak sebelum subuh , si kecil seolah tahu ibu nak tinggalkan dia.. menangis sehingga neneknya bangun... hati ibu tahan je dari air mata meleleh ... sayang ku, jika syauqi tahu betapa pilu hati ibu ... ibu tak mahu berjauhan sayang... doa dan kasih ibu sentiasa untuk syauqi dan ayah...
bila tadi ibu diberitahu akan ada kelas malam ibu bingung, bila ibu nak balik jenguk syauqi.. malam lewat nanti .. mesti tiada kesempatan ibu bermain dengan syauqi... sabar wahai ibu.. menitis air mata .. ayah sabarkan ibu... ibu kan nak cuti dah ? teringat ibu cuti akan datang... 3 minggu ... sayang ku syauqi... ibu tak kan lepaskan peluang bersama ayah dan syauqi nanti... sayang sangat kat syauqi...

No comments:

Post a Comment