Tuesday, February 8, 2011

Diari ibu : minggu ke 8 …



Ibu dan  baba pergi ke klinik hari ni… utk melihata kesihatan dan buku merah utk penilaian setiap bulan baby ibu… sakit jugak ibu bila nurse amik darah yang banyak.. malah rasa lama menanti habis  waktu pemeriksaan ibu…
Kenapa ibu tukar panggilan dari mama ke ibu ? baba suka panggil ibu.. jadi ibu penuh rasa cinta menukar panggilan mama ke ibu.. baru rasa begitu kasih pada baba dan baby…
Dari jam 8 .18 pagi  ibu dan baba mula daftar hingga jam 11 pagi … baru habis… akhirnya.. sian kat baba sebab tak mkn dari pagi kerana x sempat.. singgah sebntar di jais dan membawa brg2 penting… mengambil masa dan tak sempat ibu nak sediakan sarapan…
Ke kampung baba…..
Selesai tugas di klang.. baba bawa ke kampung utk menghabiskan cuti tahun baru cina bersama mentua… rupanya semua balik ke sini… meriah dan dapat jumpa lukman anak k devi… telatahnya mencuit hati jadi rindu pada iman , abu dan fateh… bushra pun sama …ibu  baru saja nak menyapu tapi ditegah… mahu dijaga kandungan baby sepenuhnya… terharu…
Disebabkan degil  , sakit pinggul ibu.. mujur baba menghulurkan bantuan utk mengurut,,, ibu sayangkan baba… baba bersengkang mata menjaga kita sayang… baba x benarkan ibu rasa sakit atau xdpt tidur lena.. ibu adakalanya merasakan baba terlalu cintakan ibu sebagaimana ibu… ibu masih berehat di bilik setelah makan bersama mak dan ipar duai yng lain… ibu rasa rindu pada mak dan abah … bagaimana adik di rumah ? bila selalu tel… semuanya ok… tapi ibu rasa runsing.. pakcik awir akan dibedah isnin ni… sayang.. semoga sihat ye.. ibu kena kuat demi baba…
Baba bermain game bola bersama adiknya.. selalunya itulah cara dia mendekati adik lelaki dewasa … dia lebih menjaga adiknya dan maknya.. ibu syukur dapat suami yang sangat penyayang dan bertanggungjawab…

Diari  ibu : cuti di kampung ….

Banyak pengajaran yang ibu dapat bila ibu balik duduk bersama  keluarga dan orang lama… mengambil iktibar dan  pengajaran buat kami suami isteri.. mak yang sangat seronok  menceritakan pengalaman… jadikan ianya sempadan dan panduan… ibu sangat sayangkan baba sebab itu ibu rasa ibu tak berat utk sentiasa berada di sisinya…
Ibu  hari ni temankan baba membersihkan jalan masuk rumah kampung baba.. kerana baba Nampak ada lubang di tepinya… baba memang x senang duduk.. malam tadi jadi apek betulkan lampu dapur… hheheheh….
Hmm nanti ibu sambung lagi ye.. nak main game…

No comments:

Post a Comment