Saturday, December 13, 2008

Dalam 10 yang ku gelar cinta...

dalam rehat2 ni.. sue segera capai buku hasil nukilan pelajar2 mesir...sue tertarik dengan sajak Ustaz Zaki Md Noor...

Dalam sepuluh ku gelar cinta
belum satu yang kukuh memasak teguh
pada bumi hati
ada sahaja putusnya , ditengah
kemudian ditepi kiri kanan
kembali ke titik mula kemudian tamat lagi
kerana cintaku putus
sekerat dari Pencipta...

Kiralah berapa dalam pun,
Hitung lah berapa tinggi pun
Kemudian ganda dua kali tiga
cinta yang dikumpul dalam takungan diri
akhirnya pecah , melimpah
kerana ku lupa membahagikan hak Cintaku
pada empunya cinta

dalam sepulh cinta
yang kutakrifkan -ini untuk umat
ada sesal yang paling tirus
tetapi agam
untukmu yang ku gelar Cinta
andai bersambung terus pada Tuhan...

Membuat aku menangis lagi.. sukar untuk dingertikan sedangakn selama ini bacaan su kaku.. hanya untuk mngisi masa lapang.. dan adakal untuk membuai mata sebelum tidur..

Dalam ribuan kasih yang sue rasa , masih berasa ingin dicintai oleh yang terpilih.. hanya ingin cinta ini suci higga akhir hayat...

semoga ia akan hadir ...sentiasa dalam doa setiap insan...yang mencintai hanya keranaNya...

No comments:

Post a Comment