Tuesday, March 31, 2009

rahmatMu buat aku tersenyum hari...kembali

alhamdulilah... alhamdulilah ..

hari ni hari yang paling bahagia.. exam kelas bahasa tadi alhamdulilah lulus dgn baik.. wlpn dlm keadaan yang agak tidak bersedia.. aku ceritakan apa yga berlaku..

2 hari yang lepas , dtgla teguran dari seorang teman mengenai aku, malangnya nasibnya kurang baik, ketika kesihatan aku baru sembuh dan kepala masih pening . imtihan lagi .. aku x terfikr lg marah terus .. aku xsuka betul bila bercakap menggunakan perkataan yang benar2 aku xsuka...

terus aku mebuat pelbagai keputusan dalam satu masa.. menyebabkan keesokkan hari ku amat suram dan asyik menangis.. malah aku kembali demam.. aku x tahu mana salah aku shgga diberitahu begitu.. ya ALLAH sabarkanlah hati...

xde apa yg aku buat melainkan mgharapkan doa dan nasihat dari mak..abah...
cuma mak abah x tau apa yg sebenarnya dari aku, cuma aku igin kalam semangat dari mereka...

sdg aku tenang kembali.. aku bru tanya pada sahabat ku fata tentang sikap ku td. dia menyarankan aku tenang dan berbncng semula dengan hati yang lapang. aku menangis lagi.. rasa berdosa memarahi mereka.. sedangkan itu adalah ingatan Allah buat ku...

esoknya aku berbincang semula dgn yg berkenaan denga tenang.. alhamdulilah .. senang hati kerana dimaafkan .. rasa lapang... bertambah dengan lulusnya imtihan.. rasa teramat gembira... alhamdulilah...

Saturday, March 28, 2009

rasa keabdian...yang terasing

hari ni hari yang amat aku hadapi dengan hati yang terbuka..

perjalanan ke gamaah ku rasakan amat lambat .. sdgkan aku hanya mgmbil masa 10 min kesana.. aku menahan rasa sakit tangan kiriku .. peristiwa pagi td masih dlm ingtn.. bgaimana tangan ku trseliuh apa bila menahan diri dri terjatuh lebih teruk.. terfikir satu perkara.. adakah aku lupa membaca doa keluar td... aku teruskan perjalanan kerana janji kepada adik2 tib dan sahabat ku hanim aku kotakan jua. aku terfikir bgmana aku ign meyiapkan artikel malam ni dgn tgn yang sakit.. aku ekas utk mgubati setelah aku selesai kerja.

aku tidak memberitahu sahabatku tp bila bersalam dgnnya aku x dpt elak sakitnya terasa.. mujurlah kwn kata x patah .. cuma uratnmya perlu diurut dgn minyak. aku bertekad teruskn perjalanan mengotakan janji..

bila sampainya di kuliyah tijarah ,kepala ku berdenyut.. gigi yang masih sakit turut terasa sakitnya. ya Allah permudahkan urusanku.. alangkah terkejutnya program msih dalam pembinaan .. ada jua org bgni. dah iklan bru nk siapkan tmpt.namanya pun arab. sian pljr2 malaysia yang bersemangat utk program kebudayaan ni...sian adik qama..

dengan lagkah yang hampa aku pulang stlh lama menunggu.. kerana janjiku pd kwn lain harus ditunaikan..

perut bergendang irama zapin. aku diajak kawan utk mengisi perut,au terus melangkah ke cook door.. hanya d ingatan bgmana hari yang ku lalui sebegini geraknya. kwn ku yg risau dgn masalah kadnya menangguhkan pemergian ke stiqah.. aku dah rasa aku perlu pulang segera.. mencari jawapan apa akhirnya hari ni...

pulang dgn langkah yang lemah.. aku rasa ada seseorang dibelakang ku.. tp akhirnya aku mengmbil jalan utk tidak mengendah kan.. malah aku mebiarkan ALLAH menjaga ku hingga saat aku tidur td.. bila aku melepasi satu jalan, purdah ku disingkap angin.. rasa merah wajah.. moga ianya tidak menjadikan fitnah bg org lain.. amin..

terus melangkah.. dan sehingga aku sedar aku hmpir terlepas menunaikan solat asar...

ya Allah berikan aku petunjuk kenapa harus begini...

Monday, March 23, 2009

kasih itu yang ku rindukan ...


beratnya hati ini.. kerana aku terlalu rindukan mak abah.. biarpun ditulis pada mesej dan email aku masih tak dpt kurangkan rasa kerinduan ini .. malah bila exam menjelang .. doa dan kalam mereka yang sntiasa buatkn aku makin tabah .. ya allah aku terlalu menyayangi mereka ...

bila aku pergi ke kuliah atau markaz sibawih .. air mata aku sentiasa mengalir bila aku dpt mendeengar rakaman suara mereka di comp aku .. malah melihat vidoe samy yusuf berjudul mother buat aku menitis air mata lagi.. indah dan peritnya rindu ini.. patutnya aku tahu bahawa ianya lahir dari doa mereka agar aku sentiasa bersyukur dengan kehadiran dan kewujudan mereka ..

ya Allah bagaimana aku tanpa mereka kelak .. proses penyediaan ini amat perit.. aku berusha menjadi seorang kuat dihadapan sahabat 2 ku .. tapi hati ini hanya aku dan Allah sahaja yang tahu .. bila terfikir utk menjadi seorang isteri dan ibu ,aku sentiasa berasa syukur kerana mempunyai mak yang seorang setia dan tabah mengahadpi kmai 13 org pelbagai ragam dan karenah .. malah aku berasa bersyukur bila mempunyai abah yang tidak berasa penat bila berkerja mencari kami makan... itu segalanya adalah kurniaan Allah kerana belajar bersyukur.... ya Allah , berikanlah aku mencontohi mereka dalam hal-hal yang baik.. semoga ianya akan tercurah pada zuriat ku kelak ... kerana aku berasa bahgia... kata mak , ujian dan i\onak sentiasa hadir .. serahkanlah segalanya pada Allah ... kerana Dia sebaik2nya .. jln sandaran ..

mak abah .. rindu kan kalam mak abah... pengubat lara ku ...


mak abah .. u re my sun brighted my day... my wind taking my tears away ..

berasa dalam cinta seorang mak dan abah buatkan aku makin bahagia malah aku tidak berasa gusar tidak mempunyai cinta manusia lain .. kerana aku yakin jika aku mentaat mereka .. Allah akan berikan aku insan yang menyayangi mak ayahnya juga.. berasa tenang kerana ... Allah menyembuhkan rinduku setiap hari bila melihat wajah mereka dan suara mereka .. izikanlah aku memeluk mereka .. spt aku memeluk mak kwn2 ku yang dtg di sini .. kerana rindu itu hanya Mu yang lebih mengetahui ..

rindu bagaikn angin.. ia kan pergi tapi ia tetap akan kembali ...

Thursday, March 19, 2009

cerita hari ini iktibar utk hari esok

hari ni majlis perkahwinan sahabat satu kuliah ku.. isyah dan suami semoga berbahagia.. sedang aku jalan pulang, aku terfikir sesuatu tentang sebuah ikatan hati antara manusia..

bagaimana aku melihat indahnya hubungan yang halal.. sdgkan ramai melihat samarnya cinta tanpa ikatan.. adakalanya aku merasa rugi kerana pernah merasai cinta yang tidak halal.. ya Allah ampunilah dosaku yang lalu jua.. dalam perkiraan jam dan saat, berapa saatlah aku mengingati Allah ketika aku bercinta..ya Allah terima kasih kerana masih meyayangi diri ini.. kerana aku amat menghargai masa sekarang..

selepas ini , aku akan menempuh hidup baru malah aku akan menguruskan rumahtangga pilihan ALLAH untuk ku... bercinta dalam kasihNya.. biarlah sekarang aku perit menahan rasa hati.. yang pasinya .. Allah tak pernah melupakan ku.. ya Allah aku bersyukur kerana Kau hadirkan kepada ku kecintaan yang mendalam terhadap keluarga, ilmu dan sahabt2 yang peyayang...

benar kata penulis blog langitilahi.. utk apa cinta yang tidak halal ini.. hanya menambah lara dan duka...ya Allah berikanlah aku peluang menjadi yang terbaik dan termampu utk ku.. agar aku tak lagi mengulangi kisah silam ku ... ya ALLAH...


BELAJAR UTK BERUBAH ... ADALAH LEBIH BAIK MEMBUAT SESUATU YANG BARU TETAPI X KEKAL...

Monday, March 16, 2009

ampunilah dosaku... ya Rahman ya Rahim

wahai diri ku...
berapa banyakkah telah Allah melihat perbuatan dosa ku ini...
yang sering mengumpul akan kedunian dan lupa akan kematian..

wahai hati ku....
adakah tidak engkau merasakan kepatuhan kepadanya...
yang telah memberi segalanya yang ku pinta dan lupa untuk mensyukurinya....

wahai ilmu yang ku dapati...
adakah ia tidak berjaya memberi manfaat kepada ku..
yang sering ku dengar dan ku abaikannya...

aduhai malangnya empunya diri ini…
sering leka dengan sendiwara duniawi…
yang cukup untuk menjauhkan rahmat-Mu dari diri ini…

ya Allah bagaimana nak mengadap Mu dalam keadaan terlalu banyak dosa dalam hati ku .. bahkan kehidupan ku yang penuh kedunian.. adakalanya aku rasa layakkah aku hidup sdgkn tidak sekali aku rasa amalan dan ibadah ku mencukupi...

ya ALLAH jauhkan aku dari jalan 2 menuju dosa.. jgn dekatkan aku dgn maksiat hasasiah .. yg x dpt diubati dgn sekejap.. ya rabbi Jalil... hati ku sering lalai..

diri ini terlalu hina... jgn kau biarkan aku leka ya ALLAH..

kerana cinta ini hanya utk Mu.. jgn kau berikan pada hambaMu yang tidak mencintai Mu.. dekatkanlah aku dgn org2 yang soleh .. berikanlah hidayah pd insan2 yang leka.. jadikan aku golongan sentiasa yang merintih kerana dosa. jgn jadikan aku tersenyum melihat dosa.. aku bimbang gelapnya hati akan membawa aku jauh dari Mu ya Allah...amin ya rabbil alamin...

Saturday, March 14, 2009

dugaan apa lah kali nie...

ya Allah dugaan apa kali ni... x mampu rasanya nak lawan kekalutan emosi saat fikiran sedang sibuk mencari kejayaan... rasa nak nagis sebab kali kedua rasa begini buatkan aku mcm x mampu nk buat apa2.. sedangkan aku seorang sentiasa memastikan aku xkan kecundang diuji... kenapa bgini lagi...

ya allah andainya ini takdirnya dekatkanlah aku dgn rahmatmu... agar aku blh bhgia dengan redha mu... jika bukan ini jalan hidup ku.. tunjukkanlah jalan yang benar2 bahgia.. agar aku tidak lagi rasa kesedihan ...amin ya Rabbil aLMIN

BERIKAN AKU SEDETIK UTK BAHGIA ....

AMIN

Friday, March 13, 2009

meditasi ku bermula ...


alhamdulilah .. semalam dah siap semua persiapan ku utk berperang di medan imtihan nie.. memerlukan usaha gigih utk menjadikannnya realiti. kerana keyakinan ku pd Allah terlalu mendalam .. aku yakin usaha ku x kan dipersiakan.. hikmah dari kegagalan aku dan kekalutan emosi ini , Allah masih berikan aku kekuatan utk terus melangkah dan terus melangkah walaupun sendirian ..

hadirnya insan2 yang mendekatkan aku dengan Mu ya Allah amat lah aku hargai .. mak abah . terima kasih atas cinta yang tak terhingga .. malah ampunilah dosa asu selama asu dilahirkan dan dibesarkan.. betapa asu mencintai mak abah dan amat merindui keluarga kita.. maafkan asu kerana dulu asu x pernah memahami perasaan mak abah.. asu lebih fhm knp mak abah sentiasa beri galakkan asu disini.. terima kasih mak abah...

abg- abg , akak-akak dan adik2 ku ... betapa asu rindukan rumah kita.. asu usaha dgn tekun agar kita semua blh berjumpa semula . meraih kasih kasih dalam suka duka.. maafkan asu kerana asu berjauhan begini mencari diri sendiri dan mencari erti kehidupan yang sebenarnya... asu sayangkan kalian.. wlpn xpernah asu ucapkan ...
tak sabar nk jumpa semua...

tahniah atas bakal pernikahan k iza ... asu m.maaf sbb masa tu asu sibuk final nanti.. moga k iza dah jumpa yang terbaik dalam hidup k iza... hanya doa dan kasih yang mampu asu berikan .. k iza maafkan asu sbb kita selalu gaduhkan .. gaduh2 manja huhuu .. mgkin kerana kita saling fighting dan asu x pnh cuba fhm kita semua mcm mn.. berikan asu masa utk menjadi seorang yang dewasa... sekali melangkah .. teruslah melangkah ... jangan berpaling lagi .. cukuplah sekadar menoleh utk mendapat iktibar..
asu sayang k iza...

tahniah atas perkahwinan k pina.. meskipun xdpt hadir .. asu tumpang bahgia sbb k pina dah pun temui cinta hati ..i.Allah kekal selamanya.. berbahgia laa kerana Allah jadikan k pina seorang wanita yang senang mendapat pahala malah dengan senyuman suami sekalipun.. asu doakn agar kasih syg k pina dan suami diserikan dengan rezeki anak kelak... berdoalah ... semuanya akan berjalan lancar... asu syg k pina ... wlpn kita x byk bual .. i.allah kita jmpa lagi...

tahniah kpd semua akak2 ku yg lain k uji , kehadiran abu ubaidah dh cukup membhgiakan k uji kan? bila nk tmbah lg...hehehe... k ati ... mohd iman tu bila la asu blh tgk gmbar dia... mahalnya muka dia .. acik xdpt tgk ... k ana... bila lagi fatih nk dpt adik nih... hehehe asu nk tgk adik pompuan dia ;laa.. moga dikurniakan anak2 yang solehah kelak... k long... kontijen k long tuh dh rmai sgt.. sikembar dh besau ke?? bila nk krim gmbar ... rindulaaaa ...

tahniah juga pada abg2 ku ... abg epi, terima kasih sebab sentiasa berada bersma kami sush senang.. x terbalas .. hanya mmpu sntiasa doakan abg epi bhgia... bila lg nih nk bina msjid hhuhuu tggu asu balik na... asu nk tlg gak .. gurau je.. asu doakn abg epi snttiasa dlm lindungan Allah kerana hanya Dia yg dpt bls segala jasa abg epi... abg amin... bila la nk bgtau nama adik insyirah nihhh .. ni yg nk mrh ni... adik dia dh besar dah tau ... acik xtau nma pun... abg ajus... amin dan umar tu jaga lelok tau... hero asu tuh... amin terutama... risau asu dgr dia selalu x sihat..

waaaaaaaaaaaaaaa rindunya... sabarlah whai hati ...

sekadar luahan rindu ni dan kasih x terhngga .. dosaku yang lalu pd kalian scra sdar atau x .. maafkan lah.. ketahuilah aku kini sedang berbahgia sgt.... bahagia bila merasai cinta ni dijaga rapi dan sentiasa didoakan insan2 yang meyayangi diri .. terima kasih semua kerana sabar dgn diriku sbg anak , akak , adik pd kalian ... semoga ribat ni xkan putus...

tlg laaa smpakan kerinduan ini ...kerana kasih ini dah membuatkan asu kuat dan sentiasa ingin menjadi yang terbaik...


tuk semua hero dan heroin ku yg kecik2... acik xsbr nk jumpa... lebih2 lg cik nur yg dh msuk sek men... mirul yg matured .. mujahid yg encem .. adawiyah ... dan sakinah .. yg cute ... kembar ihsan dan ihkam ... acik nk tgk gelagat kamu... ikhwan .. kamulah yg acik xtgk lg... sedihnya... ni semua hero k long...

lupa la pulak adik2 ku.... ajen ... tahniah kerana dah masuk gerbang kehidupan yang mencabar.. tlg sgt jaga dirimu... k asu syg sgt kat jen... kita dah melalui semuanya .. jgn sekali berpijak pd jln yg samar.. k asu doakn ajen jd wanita solehah yang mukminah.. maaf kerana adakalanya diri ni sentiasa membebankan ajen ... kisah hidup ku kini dan ditutup rapi dgn lebih iman dan k asu lebih bahgia, terima kasih kerana berada di saat k asu jatuh...ajen.. bykkn sbr dan makan ... huhuhuu

awir.. hnya satu2 nya adik ku yg very smart .. tp nk kena nih sbb susah tul nk nline...sbuk eh.. study lelok... jaga mak abah.. jadi lelaki yang dewasa.. segalanya .. be a man utk mak abah dan diri sndiri.. usia dh mkin tggi .. maknanya ibadah pun kena lebih... k asu yakin awir dh tahu segalanya tentang hidup... be there when mak abah perlukan awir...

alfatihah buat abg jimmy irwan .. semoga abg jimmy ditempatkan di kalagan anak yang soleh .. ketahuilah mak abah sayang abg jimmy..

hmmm .... sedihnya... tp aku akan pastikan penantian ini x sia2 ...

doa dan kasih kalian semua yang menjadikan asu kuat dan sentiasa berfkir bila melakukan sesuatu.. terima kasih terima asu seadanya...

doakan meditasi ni berjalan dengan lancar.. semoga dipanjangka usia dan masa utk kita saling bertemu..

dah .. asu nk masuk gua bertapa...

i.Allah kita jumpa hujung September nanti ..

waiting something cheering up...

sayang semua...


dengan lafaz bismillah saya suhairati jaafar memulakan meditas perjuangan ... doakan agar kesabaran dan ketabahan hati ini sentiasa berkekalan .. dan maafkan lah segala kekurangan dan dosa sedar atau tak pada sesiapa2 yang berada dalam kehidupan saya..

semoga Allah berkati hidup kita semua... amin...

p/s: x sbr nk balik.. raya gegamai... moga thun ni blik...najah kabir..amin

Thursday, March 12, 2009

sinai .... lagi



kenangan sinai ... lagi...






antara tempat 2 ni. sempat baca dan solat dalam miqat nabi musa.. kenangan di puncak gunung sinai... rasa terharu dan sedih bila tinggalkan sinai... ingin sekali pergi bersama mak abah dan keluarga..

dalam byk2 gambar , aku mulai jatuh cinta dengan keindahan dan susunan atur gunung sinai... sejam diatas sana buatkan aku leka dan sentiasa terfikir bagaiman tenangnya Nabi Musa bermunajat sendirian meraih kasih Mu Ya Allah..

sedang leka mendengar penerangan ust musrif... aku rasa kerdil sgt bila dgr ustaz menerangkan segala cerita dgn Al-Quran .. aku sendiri pengahafal al-Quran masih x mmpu menguasai semuanya .. terutama sirah .. ampunilah dosaku .. ya Rabbil Alamin...

kenangan di Sinai... the first mount i felt in love...











alhamdulilah dapat jugak nikmati semua kenangan dan ilmu di Sinai,,, ni semua berkat keizinan mak abah dan abg epi... terima kasih sebab support semuanya... asu hargai sangat .. jom kita lihat apa yang asu hayati di sana ....

Saturday, March 7, 2009

M.M.S ... misi mumtaz syahadah ... reality ...

alhamdulillah punyai kawan 2 yang tak luntur semanat wlpn sibuk dengan aktivit harian.. hari ni dapat jadual exam .. 30 hb Mei .. rasa gembira bila jadual dah keluar .. maknanya aku dah semakin hampir utk berperang the real one.. hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ni .. rasa berdebar dan teruja utk menghadapinya...

doakn aku dan teman2 yang seangkatan .. harap2 kami tabah dan kuat semangat .. yang paling penting .. jadikn ini yang terakhir buat kami...

permudahkanlah urusan kami ya Rahman ya Rahim... hanya Kau sandaran kami...amin,,,

Monday, March 2, 2009

masa yang tiada..

sekembali dari sinai .. aku sentiasa dihimpit waktu yang tak kecukupan.. sentiasa berkejar sendirian.. mengejar waktu utk meyusun semula jadual hidup ... maahad ... editor ... sibawih .. al-quran.. mengurangkan waktu ku dengan adik2.. hopefully adik 2 faham... sekarang kwsn duduk di depan utubis dauli aku melarikan diri utk study .. aku xmahu diganggu .. mujur ada mp3 baru aku .. muvo.. blhlah aku kurangkan kebingitan ditengah 2 jalan tu.. aku masih berharap ada waktu utk diri sendiri..

malam je aku peruntukkan utk study dan masa utk menulis utk buletin .. tanggungjawab baru membuatkan aku mulai menghargai masa lapang ku ... dulu..

teringat janji ku pada seseorang .. harap2 mereka faham keadaan ku.. mereka manusia yang baik2... aku akan cuba.. aku xmahu sentiasa dihimpit perkara yang agak kurang penting... i.Allah ada masa lapang aku cuba ... tunaikan

abah dan mak , rinduku makin melangit.. apa pun mak abah memang terbaik dalam hidup ku... memahami...

ok.. kena kluar dulu...

wslm