Tuesday, May 31, 2011

diari ibu : pagi diberkati....

sayang... pagi ini amat ibu syukuri... sungguh ibu sering berkata bagaimana ibu tanpa abah? ibu bangun je ibu segera mencari wajah kesayangan ibu.. sedang lena tidur dan ibu mencari  di mana ketenangan ibu... abah tak sedar ibu sudah sedar dari tidur... semalam abah tak sihat.. sakit kepala tiba2.. ibu rasa risau sampai ibu tunggu abah tidur dan entah jam berapa ibu terlelap/.. gusar bila melihat abah sakit... ibu meminta abah tidur awal agar rehatnya mencukupi... abah terlalu banyak fikir.. study, kerja dan hidup.. ibu tahu...

sayang... ibu lega melihat abah tersenyum .... ibu sayang abah.. sesungguhnya hadiah yang membuatkan ibu bahagia sepanjang hari ini... ibu suka senyuman abah... suka abah sentiasa senyum walaupun abah penat... sarapan nasi goreng bersama.. teh tarik x kaw ibu hehehe...

Monday, May 30, 2011

diari ibu : Rejab hadir jumaat ni.. bersediakah kita menghadapi Ramadhan al-Mubarak..

Rejab? sebenarnya masa berlalu dengan cepat... ibu bakal meraikan kehadiran Ramadhan bersama abah dan keluarga tak lama lagi .. inilah pertama kali kami bersama di bulan mulia ni.. kehadiran sayang kelak bakal menceriakan idulfitri abah dan ibu...
mujurlah nenek ingatkan ibu... masa berlalu dengan begitu cepat.. rindunya kat kampung.. mujurlah balik melaka khamis ni diatur dengan baik... semoga allah mudahkan perjalanan kami... amin...

diari ibu : bila abah menghulurkan tangan salam utk ibu...

sayang... hari ni ibu sepenuhnya dirumah ... maybe sebab abah suruh ibu rehat... sebab ibu x suka rehat... ni pun ada projek.. projek penyusunan baju yanglebih praktikal... ibu sebenarnya sayu bila salam tangan abah pagi ni.. sebab dah biasa keluar bersama... lama x antar abah dipintu rumah... sayunya... rasa tak mahu berpisah... abah seorang suami dan kekasih yang membuatkan ibu menitiskan air mata bila merinduinya.. ikhlas  ibu katakan... cinta dan rindu ini adakalanya buat ibu berfikir indahnya ikatan selepas pernikahan... dia adalah kekasih Nya ... diterbangkan bersama aku dilangit cintanya... aku benar2 dilamun cintaaaaaa.... sayang... ibu rindu abahhhh....


abah....
kuatkan semangat... abang .... kekasih hati ... exm tak lama lagi tau....  chaiyuk....


sayang....
abah sekarang sangat sibuk... jangan terasa dengan abah... ibu kan ada... abah sekarang sedang bersedia nak exam 20 jun nie... abah yang nak exam.. ibu yang sibuk membaca buku2 abah... membantu abah memahami sambil abah siapkan kerja2.... hehehe... ibu suka... sebab itu ibu x sabar  tunggu jawapan oum nak sambung degree lagi.. heheheh...


abah,,, semoga berjaya.... ayang dan baby darling... sayang kan abah sangat....

Tuesday, May 24, 2011

diari ibu : ketenangan itu semakin hadir bila nikah ku bermula...

hari ini ibu banyak mengulang al-quran bersama sayang... sungguh setiap kali mendendangkan alunan itu ibu menitis air mata.. sebab suasana ini lebih tenang...cuma ianya mujahadah yang sangat berat... ibu akui kurang menghabiskan masa ekoran tuntutan amanah dan tugas ibu,, mujur abah sentiasa mengingatkan... dimana al-quran itu... abah? lebih dari ibu sayang... ibu bangga dan sentiasa bersyukur bila dia adalah sebaik2 pemimpin dikurniakan utk membimbing ibu sepanjang hayat ibu... sungguhnya ibu pernah berasa kesal dengan hidup ibu dulu tapi nikmat taubat itu ibu segera bersyukur sebanyaknya dan sesempurna mungkin kerana dia hadir tepat pada masanya dan hingga akhir hayat ibu....

ibu rasa letih bila ibu keseorangan di rumah tapi kerana kerja ibu harungi.. xsabarnya bila ibu nak cuti sekolah.. ibu nak ikut kemana saja abah pergi... x suka ditinggalkan sendirian... bila dimuhasabah balik , ini lah masanya ibu koreksi lebih dan apa yang lebih ibu suka.. rindu ibu pada abah semakin mendalam... menanti kepulangan abah satu kemestian... abah kekasih ibu ....

dah 25 minggu sayang didalam rahim ibu... rasa segala perasaan ibu... malah adakalanya ibu takrasa keseorangan bila sayang memberikan reaksi pada dinding rahim ibu.. dah hampir 10 kilo sayang membesar didalam bersama air tembuni ...ibu rasa senak.. tapi itu kasih ibu melindungi zuriat kesayangan ibu.. sepanjang hidup ibu kelak... selagi masih ada nyawa dan doa ibu.
...

ibu rindu kan nenek... atuk di melaka... lama x jumpa... hanya nset pengganti kerinduan... sesungguhnya ibu amat mencintai mereka.. dengan tabahnya ibu menjadi isteri solehah.. pastinya ALLAH menjanjikan nenek dan atuk syurga ... ibu sentiasa berdoa begitu... nenek pesan... ikutlah kemana saja suami... syurga kita disamping suami yang soleh... AMIN.....




Monday, May 23, 2011

diari ibu : sangat menggusarkan...

ibu dapat berita pak ngah masuk hospital semalam ... hati ibu gusar.. nak pergi tapi abg epi tak berapa suka ibu bawa keta malam2.. bahaya utk ibu dan sayanng... abah pula ada kursus.. jam 11 malam baru pulang.... ibu buat gelang donat coklat... sungguh ibu rasa letih hari nie... ibu segera makan lepas nie... doakn ibu ada kekuatan ye... sayang.. maaf ibu kurang rehat ....

Sunday, May 22, 2011

diari ibu : alhamdulilah...

hari ni ibu syukur sangat dengan kurniaan kesihatan yang Allah berikan buat ibu dan embah... semoga ianya berkekalan... memang sakit diurut kedudukan sayang dalam rahim ibu tapi belum masanya sayang.. tinggal lagi 2 bulan lagi pertemuan kita.. abah pun x sabar menanti saat kita bertemu... abah akan pergi kursus esok selama 3 hari tapi balik hari,,,, abah tak sampai hati membiarkan kita berdua... abah sayang ibu katanya... sayang anak ibu juga....


 ibu akan sibuk sedikit sebelum cuti bermula 28 hb nie.. ibu tak sabar nak pergi bercuti dengan abah.. sesungguhnya ibu akan usaha buat yang terbaik dalam hidup ibu utk abah.. kasih dan syurga ibu ada pada abah.. keredhaan abah adalah keredhaan Allah.. ibu bahagia... ibu mahu rehat.... esok kita berjuang sama2 dengan anak murid ibu ye...

Thursday, May 19, 2011

diari ibu... semalam satu peringatan

semalam ibu hampir excident bila amik keputusan medical check up di depan sacc mall... sungguh ibu tak fikir soal ibu.. baby sayang ibu yang harus ibu risaukan.. habis alignment keta ibu lari sebab divider ibu elakkan dari melanggar keta yang tak reti bagi signal... ibu terus berhenti di pejabat baba... mujur laa keta dan ibu selamat.. terus baba bawa kita ke klinik check macam mana baby kami ni.. alhamdulilah baby ok dan sihat.. ibu trauma nak bawa keta,,, penat ibu hilang bila disamping abah,,,, baba ibu sayang abah;;;

Diari ibu : mbah … cepat sembuh ye…



Sayang, semalam tentu sayang rasa kurang selesa… sering dikendong ibu yang tak berhenti rehat semalam… mbah x sihat sayang, mbah sakit jantung tahap 1.. ibu tengok abah lagi letih.. ibu kena kuatkan semangat.. ibu tahu sayang rasa penat… ibu lupa makan petang semalam… tapi ibu qadha balik nasi lemak bila kita sampai rumah.. sian abah.. dia lapar dan terus tidur lepas makan… ibu kena siapkan baju ,, sayang anak soleh .. teman ibu sampai ibu terlelap… bangun je ibu rasa nak demam.. ibu rasa ibu pening… ibu tahu ibu kurang tidur… sayang ibu mcm mn…. Sihat x kat dalam… ibu sayangkan anak ibu nie…
Ibu akan ke klinik petang nie… ibu kena amik medical check up yang ibu buat… abah on the way lawat mbah kat serdang… moga mbah tiadak serius sakitnya… ibu di sekolah ni rasa tak keruan .. rasa risau sangat… atuk dan nek malam ni tiba kat putrajaya.. dari perlis…
Bila ibu santai melihat anak2 murid.. ibu tak sabar bila sayang ibu nak dukung.. 2 bln lebih lagi .. ibu rasa menantiini satu perjuangan ibu dan abah.. sesungguhnya permata hati ibu dan abah nie… akan ibu sulami dengan cinta kami berdua…
Ya allah detik  itu makin tiba.. jadikanlah dia anak yang soleh dan lembut hatinya… jadikanlah pejuang islam yang benar2 mukmin… ya allah jadikanlah dia sihat dan sempurna jasadnya … amin ya  rabbil alamin…

Wednesday, May 11, 2011

diari ibu : abah risau sayang...

semalam ibu kena inject dengan doktor sebab platlet darah ibu turun 2 gram... ibu tak cukup rehat dan makan tak jaga.. doktor bagitau ibu kena sekat makanan berkafien dan ibu rasa kurang bila tadi ibu minum air bandung . .. ibu sedih sebab abah tak benarkan ibu buat kuih lagi,,, sedihnya rasa.. ibu tak de keja di rumah,,, disuruh tidur dan makan saja untuk meningkatkan berat dan kadar darah. ibu sayang abah,, cuma ibu bosan lah ... 

ibu amik kesempatan nak amik resepi dalam net hari nie.. waktu ibu dan p & p ibu dah disiapkan sehingga jumaat....

semalam abah belanja ibu makan secret recipe... seronok dapat makan sama dengan abah... seronok bila abah x kisah ibu makan byk2... ibu tak dibenarkan minum kopi , teh , nescafe dan apa saja berupa soya .... ibu sedih... ibu suka kopi kampung tu... nescafe ice.... huhuhu... abah... ibu nak minummmmmmm nescafe ice....

sayang abah....

Monday, May 9, 2011

diari ibu : hari ibu...

sebenarnya ibu tidak menyambut hari ibu.. walaupun bakal bergelar ibu pada si kecil soleh dalam perut ibu ni.. ibu sebenarnya rasa teruja bila si kecil ini bergerak setiap kali dan minute.. ibu rasa miracle ... sebab ibu adalah wanita yang sering dambakan ada anak2 yang ramai disamping suami dan kekasih tercinta.. benar dulu ibu sering menaruh harapan yang rapuh tapi kini hidup ibu dilimpahi rahmat.. abah , anak.... dan ibu berasa jiwa semakin tenang dan tetap  mencari jalan utk sentiasa membajai perhubungan ibu dan abah,,, yang penting solat jemaah dan mengaji tadarus menjadi amalan ibu sentiasa dengan abah...jika abah tak sempat , ibu sambung... takkan putus al-quran dengan hidup ibu... alhamdulilah... kerana dikurniakan suami dan kekasih yang sangat mengingatkan ibu siapa diri ibu..

ibu tengok gambar sahabat2 ibu di mesir.. berjauhan dari suami dan anak .. adalah mustahil bagi ibu untuk melalui semua ini... ibu rasa teruja bila mereka disisi ibu.. rasa kehilangan bila ibu keseorangan.... ibu sayangkan abah... lebih dari abah tahu...

when i decided to start new life with him.... forever insya allah...

jalan -jalan di bukit melawati...

diari ibu : hari ni abah balik.... :)


Dear diari … mom’s getting happy with ur dad….
Today ur dad coming home at 2 o’clock.. seems I done with this tiring and I hope at last I do my work with him… I need to confirm my qualification of healthy today but I had to do tomorrow with my husband … at noon.. afterur dad by my side.. cause he is mine .. Allah take care of him…
Last night , I so tired and talk little bad mood with ur dad… he thought I waitng him call me.. I just take a nap.. but too tired… I had too… ur movement made me so active being that but I liked it… dalam semangat yang tinggal thanks to my beloved sister ajen cause accompany me last night… she very o.m just let her know I loving her forever
Waiting for him come home …. I just love him very much…

Diari ibu : abah ke kursus.. tinggal ibu dan baby….


Diari ibu : abah ke kursus.. tinggal ibu dan baby….
Sekarang makin sensitive.. ibu dan abah sering berasa diri semakin sibuk dan bila waktu tak sama, saling berasa sendirian … tapi ibu sering luangkan masa bila melihat abah melelapkan mata.. ucapan kasih tak pernah ibu lupa.. cinta sejati ibu sangat penyabar orangnya sehingga ibu tak pernah rasa tidak dihargai.. bila abah pergi kursus.. ibu rasa jauh,, takut dan rindu… ibu mula memikrkan masa2 yang ibu luangkan tidak bersama abah walaupun abah ada disisi ibu… maafkan ibu abah… ibu akan balik lewat kerana ada latihan olahraga … ibu suka sgt … ibu rindu sgt kat abah..
Abah sampai jam 10 disepang.. ibu rasa jauh laa. Semalam abah nasihatkan ibu supaya menjaga diri dan baby.. ibu rasa sedih.. ibu tahu abah berat nak tinggalkan ibu sedang sarat berbulan nie…tapi demi tugas dan masa depan sayang abah pagi ke sana… ibu redha dan Allah akan jaga abah dengan sebaiknya …
Abang..tak sabar rasanya nak jumpa esok… ayang rindu dan tak suka bila balik rumah sendirian.. dah biasa menunggu abang dipejabat… ayang sayang abang….
251220101078.jpg
Sayang….
Rinduku…
Kasih ku….
Syurga ku…
Cintaku selamanya…

Thursday, May 5, 2011

diari ibu : jiwa ibu tenang abah ada dan yang pastinya Allah ada ... sahabat lama meyapa

ibu sekarang ini berada di pejabat abh... disebabkan hadiah abah di rumah membuatkan ibu makin sibuk sebagai baker part time di rumah.. ibu dibawa rehat di pejabat.. dah hampir 4 hari tidur ibu di kurang kerana gara2 kerja baker ni... siang tugas guru...malam baker cup cake dan kuih raya... bestnyer,, kembali ke dasar kelebihan ibu.. heheh
last sekali abah sekali kena tolong ibu sbb dia x smpai tgk ibu bertungkus lumus mengodang periuk icing tuh.. hehehe.. ibu suka sambil2 kumpul dana utk hadiah abah pula.. abah sering kata nak ke mekah bersama.. impian ibu juga .. semoga termakbul impian abah... ibu sedang berusaha nie...

sedang ibu rehat nie... ibu baru buka blog ini... ibu benar2  terkejut bila seorang sahabat yang lama mendiamkan diri akhirnya kembali menyapa ibu... intan farhana.. bila terkenang nama ini terpahat 6 tahun lamanya dalam diari belajar ibu di bumi malaysia... dia seorang yang sangat happy goodlucky..
sesungguhnya ini lah titik pertemuan ibu dengan semua sahabat2 ibu di bumi darul quran.. bersatu kerana Al-Quran...

dia .. seorang yang tabah kiranya dari pemikiran setelah ibu tahu kisahnya... sesungguhnya Aallah takkn uji jika hambanya tidak mampu untuk menghadapinya... ibu sentiasa doakan dia yang terbaik dan semoga allah sentiasa disisinya... doanya dan doa ibu sentiasa saling dipanjatkan...

i.allah jika ditakdirkan allah dia ke bumi hang tuah.. ibu sangat gembira utk menunjukkan sayang padanya...
ibu sangat gembira bila tahu dia mahu hadir menjenguk ibu di semenanjung nie... sangat bebesar hati menanti dipermudahkan kedatangan di semenanjung kelak...