Wednesday, December 31, 2008

Peringatan dari seorang sahabat...

Pendakwahkah aku??

Seorang Da’ie – bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah dikumandangkan
Kita – selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam

Seorang Da’ie – mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit
Kita – sering terlupa membaca Al-Qur’an dengan beralasan sibuk dan membacanya sesekali setelah berlalu berhari-hari

Seorang Da’ie – amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat
Kita – kurang member perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan

Seorang Da’ie – selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan mempersiapkan diri untuk menghadapinya
Kita – sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta kerap menangguh-nangguh amal dan taubat

Seorang Da’ie – suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama’ serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri
Kita – cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain

Seorang Da’ie – rumahtangganya dihiasi dengan bi’ah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Qur’an atau nasyid-nasyid Islami
Kita – rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Qur’an, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak

Seorang Da’ie – menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan menetapkan sesuatu dengan benar
Kita – sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain

Seorang Da’ie – jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa besar dan tidak pendendam
Kita – jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar dan pendendam

Seorang Da’ie – menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat
Kita – mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat

Seorang Da’ie – memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah
Kita – tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai

Seorang Da’ie – tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak
Kita – boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah

Seorang Da’ie – sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam
Kita – menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah

Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah

Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!

Kesimpulannya, pendakwahkah aku?

Monday, December 22, 2008

kekalutan emosi ...

dah lama tak menulis, berperang antara emosi dan realiti amat mmenatkan. malah ia membawa kemurungan ynag teramat.. sekarang sue baru pulih melepasi fasa pertama ujian.. ini semuanya melibatkan emosi.. letihnya...

dalam kekalutan mengejar segala hafalan dan madah, masih lagi tidak merasakan kesempurnaan. tahun ini tanpa orang 2 yag sue sayangi benar2 mnguji... tanpa sahabat yang kini kmbali ke tanahair malah kehilangan cinta yang selama ni dipertahankan dan diuji hingga rasa lelah... ya Allah berikan aku kekuatan hati dan fikiran.. benarlah org kata manusia tiada yang hidup bersendirian...

sesungguhnya sue benar2 takut kini... Allah sahaja tempat sue sandarkan segalanya... rasa hati dan fikiran sering selari kiini... jika emosi mguasai diri, fikiran juga rasa ditambat agar tidak kemana... hanya mampu dilakukan cuma tangisan dalam sepi...

ya Allah berikan aku jalan supaya hati hambaMu ini sentiasa pulang kepadaMu...
ampunilah dosa kami... jangan uji kami dengan bebanan yang berat .. sesungguhnya kami hambaMu ynag dhaif lagi hina...

alhamdulilah fikiran masih berpijak dibumi yang nyata.. biarpun sukar sue haru lepaskn ianya pergi.. biarlah dia kembali dengan tenang... ya Allah satukan kami di syurga nanti.. kerana saling mgikat kasih keranMu jua..dan janganlah kau uji diri yang masih ada ini dengan emosi dan perasaan lagi kerana diri ni terlalu letih dan igin bersamanya selamanya....

berikan kami kesempatan masa utk saling merindui dan sling meyayangi antara satu sama lain...

dedikasi utk mak abah, akak2 ku.. k along, k uji k ana ,k ati, k iza, k pina , dan abg2 ku abg epi , abg amin, abg ajus, dan adik2 ku ajen dan awir...

semoga kalian bahgia bersama,,, abg2 ipar2 ku , abg along, abg fazly, abg arul, abg halim, abg yus , bakal abg ipr abg rusdan, kakak2 ipar ku,,, k ina, k farah ,,,

utk anak2 saudara ku...cik nur, amirul hafiz, mohd mujahid, rabiatul adawiyah, nurul afifah sakinah, ihsanudin dan ihkamudin, mohd khairul ikhwan.abu ubaidah, mohd al-amin, umar al-asad, mohd al-fateh, mohd iman mukhlis, nur insyirah dn adik baru..acik xtau nma lg..

semoga kita bertemu lagi...

Thursday, December 18, 2008

Wednesday, December 17, 2008

segunung harapan dari seorang teman...

ayuh mari kita renungkan ..

Butir2 kata hikmah luahan Syeikh Ali Tantawi khusus buat renungan muslimah2 solehah yg sejati..

"Wahai puteriku,
Aku adlh seorang bapa yg sedang memasuki usia lima puluh tahun.. Usia muda telah aku lewati.. Aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan2 dgn segala ujian2 dunia..
Dengarlah ucapan dan kata2ku! Ucapan2 haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah..

Wahai puteriku,
banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan..

Aku tulis dan khutbahkan.. Sehingga pena yg aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi.. Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya..

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui.. Semakin banyak dlm pelbagai bentuk.. Wanita semakin berani dan tidak malu2 untuk membuka auratnya.. Tubuhnya ditonjol2kan.. Pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.. Semua itu bergerak melanda negara demi negara.. Tanpa satu negara Islam yg mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yg terkenal dgn keserasian akhlak yg sgt ketat menjaga kehormatan diri dgn menutup auratnya.. Sekarang, astaghfirullah! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan, paha, punggung dan dada.. Kita gagal dan aku kira kita tidak akan berjaya..
Tahukah engkau apa penyebabnya, puteriku?!

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya..

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu.. Kunci pintu itu ada di tanganmu.. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik..

Engkau benar puteriku,
bahawalah kaum lelakilah yang mula2 melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita.. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju..
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk..

Engkau berkata kepada pencuri: "Silakan masuk" dan setelah engkau ditimpa kecurian barulah engkau tersedar.. Ketika itu barulah engkau berteriak, "Tolong! Tolong! Aku kecurian"

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dlm ancaman cengkaman serigala..
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yg kikir terhadap pencuri..

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu.. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar kambing.. Dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu..
Lelaki menghendaki yg paling berharga darimu.. Iaitu harga diri dan kehormatanmu.. Nasib seorang gadis yg diragut kehormatannya lebih menyedihkan drpd nasib seekor kambing yg dimakan serigala..

Wahai puteriku,
Demi Allah, apa yg dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa berpakaian..

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan kalian percaya terhadap kata2 sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab.. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab
".. Bohong! Bohong! Demi Allah, dia berbohong!
Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau menjadi takut dan ngeri.. Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dgn lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud2 tertentu..
Setidak2nya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal..
Apakah sesudah itu, puteriku?

Fikir2kan dan renungkanlah jika kalian adalah muslimah yg bijaksana serta punyai harga diri!!"
Wallahu 'alam..

Saturday, December 13, 2008

Dalam 10 yang ku gelar cinta...

dalam rehat2 ni.. sue segera capai buku hasil nukilan pelajar2 mesir...sue tertarik dengan sajak Ustaz Zaki Md Noor...

Dalam sepuluh ku gelar cinta
belum satu yang kukuh memasak teguh
pada bumi hati
ada sahaja putusnya , ditengah
kemudian ditepi kiri kanan
kembali ke titik mula kemudian tamat lagi
kerana cintaku putus
sekerat dari Pencipta...

Kiralah berapa dalam pun,
Hitung lah berapa tinggi pun
Kemudian ganda dua kali tiga
cinta yang dikumpul dalam takungan diri
akhirnya pecah , melimpah
kerana ku lupa membahagikan hak Cintaku
pada empunya cinta

dalam sepulh cinta
yang kutakrifkan -ini untuk umat
ada sesal yang paling tirus
tetapi agam
untukmu yang ku gelar Cinta
andai bersambung terus pada Tuhan...

Membuat aku menangis lagi.. sukar untuk dingertikan sedangakn selama ini bacaan su kaku.. hanya untuk mngisi masa lapang.. dan adakal untuk membuai mata sebelum tidur..

Dalam ribuan kasih yang sue rasa , masih berasa ingin dicintai oleh yang terpilih.. hanya ingin cinta ini suci higga akhir hayat...

semoga ia akan hadir ...sentiasa dalam doa setiap insan...yang mencintai hanya keranaNya...

Friday, December 12, 2008

hari ini yang begitu memenatkan...

Slps stdy sue barulah ada kesempatan utk menguruskan diri sendiri... menulis di blog,, berbual dgn teman2.. entah kenapa dalam hati ini masih ada rasa keraguan .. perbualan dengan abg sulung sue tadi banyak menganggu kosentrasi..dah lama sgt x dpt berbual dengan mak... kerana susah sgt nak ada org kat rumah.. sibuk apa pun xtahu... mak .. sue betul2 rindu kata semangat mak dan abah.. biarpun utk seminit cuma..

hari ni lihat aku sebagai bintang saggitarius..

Are all of your attitudes stuck in the past? Holding onto the same opinion forever does not speak well of your flexibility or intelligence. If new facts or figures come to light today, you need to take them seriously and listen without objection. Be brave enough to adjust some of your thinking and admit that maybe things have changed for you. Not only is it natural to re-evaluate your position on controversial topics, it is intelligent.

Bersama semangat yang tersisa, sue masih mncari diri sndiri.. terlalu banyak peristiwa yang terjadi menjadikan sue bagaikn insan yang tiada berperasaan.. lupa dengan masa depan .. lupa segalanya.. belajar hingga lupa yang sue juga perlu ada masa peribadi sendiri...

bersama adik2 di Malaysia, Jakarta dan Mesir sering buat sue rindukan dejah.. sahabat yang berada di Syria.. bagaimana dia ? Dulu hanya dapa berbual seketika.. keadaannya amat merisaukan.. sentiasa melihatnya dalam kesedihan.. Ya kuatkan semangatnya utk lebih tabah...manusia sering diuji dengan apa yang dilalui... chaiyukkkkkk!!!!!Kena lbih tabah dari semalam...

Bercakap soal study... hari ni sue pertama kali berasa bangga mempelajari ilmu fawasil... betapa bijaknya Ulama' pada zaman dulu menjadiakn huruf hijaiyyah sebagai kod nombor dan pendapat bentuk jama'. hmmm tgh stdy lagi ni.. i.Allah esok sue terang lagi pasal fawasil...

Kena hafal matan ..esok kuliah dan sentiasa semangat dtg sebab sian mak abah amanahkan diri ini.. biarlah .. kena lebih tabah utk hari ni..

Thursday, December 11, 2008

hati ni hanya Dia yang tahu

hari ni banyak menghabis masa menelaah buku... terasa rindu pada sahabat di malaysia.. entah kenapa semuaya bercakap tentang cinta.. almaklumlah... orang semua nk berkahwin.. su kahwin juga tapi dengan kitab dulu lah.. masih terlalu awal... hehehe sebenarnya bukan tak terusik hati ni.. siapa yang tak nak cinta halal ni tapi maslahnya perjuangan dan amanah ni masih tergalas.. setiap kali teringat air mata abah saat menikahkan semua 6 akak2 rasa sedih la pulak... hakikatnya semua manusia akan berpisah.. tapi berpisah dari ibu bapa secara terus masih lagi sue fikir...

Cinta ada prinsipnya sendiri.. bukan tak pernah lalui.. tiada yang lebih bahgia dari cinta seorang ayah pada keluarga , cinta seorang suami pada isteri... selain itu .. xde nya yang bahgia.. tipulah siapa yang bercinta ni bahgia.. cinta tanpa ikatan yang sh makin sengsara adalah.. sebab byk sbb sgt.. hati tak terjaga... adakala tersasar jalannya.. itulah ikut hati mati...

senang sendirian .. bila rasa runsing je ,tangan ni terus dail nombor rumah mak abah... jika dulu ada teman2 .. sekarang ada baiknya merapatkan diri dengan keluarga... belajar utk mmnghargai... setiap pengorbanan mereka.. mak abah ni.. kalau kita dapat cakap kejap pun dah senyum melebar... siapa lah yang tak rindu anak .... anak ingat tak pada mak abah dalam doa.. Allahu a'lam.

fikir-fikirkanlah...

..... dengarkanlah...

Gerbang imtihan telah bermula...

Entah bgmana , rasa gusar memikirkan imtihan kali ini.. keyakinan dan usaha juga tidak seperti dulu... sudah sehabis daya mak abah menasihati diri ini jangan terlalu menekan diri .. kerana itu..ingin sahaja ku tuturkan.. tapi x mampu...segalanya kerana...

kerana terlalu rindu mak abah , diri ini tak pernah berputus asa untuk memahami segala ilmu ini...

kerana terlalu sayangkan mak abah, diri ini tak pernah rasa inginn berehat..

kerana kasihkan mak abah, tidak mahu sesaat pun perpisahan ini tersia2...

mak abah, biar berlinangan air mata ku takkan hentikannya.. biar kan ia menyembuh luka .. hilang rasa duka... diri ini hanya ada Allah dan Rasul... redha Allah hanya dalam kasih mak abah... biarlah ada yang berbisik sampai bila di dalam perhatian mak abah... ingin sahaja ku jawab... hingga ke syurga...

Sahabat - sahabat yang sering dalam ingatan dan doa... berfikir semula andai jika anda masih lagi dalam lena dan leka yang tidak disedari... airmata dan doa ibubapa sering kita abaikan.. malah amanah ini adakala dibiarkan sepi ... bagi sesiapa yang tiada lagi pyokong hidupnya, sedarlah doa kalian masih lagi diperlukan ... biarkan mereka tesenyum dipintu syurga...

Selamat Berjuang utk semua sahabat2 kuliah yang akan menghadapi imtihan awal Januari kelak...

semoga usaha dan doa kalian Allah perkenankan...

Wednesday, December 10, 2008

Indahnya ukhuwah dan kasih sayang....

Sue mulai segalanya dengan rindu dan kasih ... tidak pernah merasakan hidup ini sendirian kerana adanya mak abah yang tak pernah jemu menasihati sue setiap hari.. adakalanya ingin sahaja tanya pada mak dan abah, tidak jemukah mendengar ? tp yg pastinya setiap kali sibuk mak akan bising kerana risaukan anak gadisnya tidak memberi khabar...

Tadi sebelum habis study , sue ambil masa bersembang dengan adik-adik dibumi malaysia, mesir dan jakarta.. rasa rindu malah rasa terharu bila ada yang meletakkan nama sue di status y.m. Rasa dihargai dan disayangi.. Indahnya kasih kerana Allah... Rasulullah juga punyai sahabat... utk sentiasa membantu baginda berjuang dan mencurah tenaga..

Minggu ini sue agk beruntung kerana dapat menghabiskan bacaan buku hasil tulisan Hasrizal... tajuknya aku terima nikahnya... Rasa teruja tajuknya tapi bila direnung semula.. banyak yang sue tak tahu dan sering terlupa akannya.. pengisian yang bagus utk semuanya yang bercinta... yang pastinya kursus nya insan yang sudah berumahtangga...

Sue tertarik dengan pengurusan masa dan rumahtangga yang dikeutarakan Abu Saif.. sungguh rumit ... biarpun hidup dikalangan sahabt2 yang sudah bernikah di bumi mesir.. Sue akui masih samar keyakinan untuk mendirikan rumah tangga dalam keadaan belajar... melihat kesungguhan teman2 ... dan masalah2 yag dihadapi.. terbit persoalan mampukah?... pernah sue tanya mak .. susahkah belajar bila sudah bernikah?... mak hanya menjawab.. semuanya terpulang bagaimana kita menguruskan kehidupan dan sikap tolak ansur sesama pasangan... banyak aspek yang harus difikirkan... kehidupan yang halal sentiasa Allah pelihara dan rezekinya sentiasa tersirat...

Impian masih dalam genggaman... selagi sue blh bertahan utk pulang dengan cemerlang ... dalam stdy... masa depan dan pernikahan akan menyusul... perkahwinan kakak ku November yang lepas masih belum sue lihat fotonya... semoga kebahagiaan K Sufina dan Abg Halim berkekalan hingga akhir hayat...

Hari Raya Aidil Adha tahun ini pling bermakna... saban tahun beraya di Kaherah ..tahun ini beraya di Mansurah... i.Allah raya yang terakhir dibumi Mesir.. harap2 nya... meriahnya raya disini... bersama adik-adik serumah.. rasa gembira sangat..rezeki juga terlalu banyak... suasana raya di Mesir di'malaysia'kan... xsbr nk tgk gmbr yang diambil...


Raya raya gk.. kuliah akan bermula semua Sabtu ni... rasa banyak yang tak terhafal... final year banya buat sue pening sangat.. hanya mampu berusaha dan menyerahkan semua usaha kepada Allah... moga tercapai impian utk segera pulang ke pangkuan keluarga.. kerana tempat sue disana... disamping mak abah yang makin dimakan usia.. moga sempat berbakti.. kerana itu... impian sue...

Kerana itu....

Assalamualaikum waramatullahi wa barakatuhu...

Semoga kehadiran blog umum kali ini dapat membantu sue berkongsi dengan teman-teman apa jua bentuk diskusi ...ilmiah atau santai.. dalam sedar atau tak, tak lama lagi kita akan meninggalkan 2008... Sungguh cepat masa berlalu, usia pun sudah masuk angka baru... kerana itu mari kita berusaha berhijrah dengan lebih baik lagi... tingkatkan usaha dengansegala yang baru...

Sesungguhnya semangat ini hadir berpunca dari nasihat seorang abah dan kasih mak dalam diri ini.. saban hari berada dalam perjuangan , kita perlukan seseorang untuk menjadi inspirasi diri .. lebih2 lagi kalau ianya hadir dari orang yang sentiasa doakan kita,, sayangkan kita lebih dari segalanya... sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan kita...

kerana itu.. sue berada di sini... bersama cinta seorang abah dan emak ...